Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Cerita Kedai Kopi

Maya Sanggup Tolak Tawaran 20 Juta

Bakal bawa watak Sakinah dalam filem Munafik 2
Editor
25 Jul 2018, 02:02 PM

maya sanggup tolak tawaran 20 juta

Kredit gambar utama: @maya_karin/instagram

Peminat filem Munafik tentu terbayang-bayang scene seram lakonan Nabila Huda dulu, kan? Kali ini Syamsul Yusof muncul dengan Munafik 2 yang menampilkan Maya Karin. Tentunya peminat lagi teruja dan tidak sabar nak saksikan lakonan Maya setelah sekian lama menyepi di layar perak.  

Maya menjelaskan dia menolak berpuluh tawaran berlakon sepanjang tempoh tersebut dan bersikap lebih selektif  dalam menerima tawaran dan bukan memandang soal bayaran semata - mata.

"Saya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu selepas kemunculan filem pertama, Seri Dewi Malam dan No Problem, pada 2001. Ia menjadi pengajaran terbesar buat permulaan kerjaya lakonan saya.

"Saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak sesekali menerima projek filem kerana duit. Saya belajar daripada pengalaman silam untuk berada pada tahap hari ini. Tiada guna mengejar duit tetapi reputasi dan kredibiliti tidak mampu dipertahankan.

Inginkan Kepuasan

"Diakui, bukan tiada tawaran filem sepanjang empat tahun tidak berlakon. Memang banyak undangan diterima, tetapi ia tidak sesuai dengan jiwa.

"Bukanlah juga saya bersikap terlalu memilih, tetapi itu kehendak diri. Saya berlakon bukan kerana duit, sebaliknya saya mahukan kepuasan."

"Jika tidak suka, kita tolak saja dengan baik, bukannya kritik karya orang lain. Mungkin watak itu tidak sesuai dengan kita, tetapi serasi dengan pelakon lain.

"Jangan sesekali kita menjatuhkan hukum pada karya orang lain. Saya berpendirian, saya harus menolak dengan baik jika berasakan watak yang ditawarkan tidak sesuai dengan diri ini.

"Saya mungkin boleh mendapat RM80,000 dengan mudah untuk sesebuah watak, tetapi saya tidak memandang duit sebagai keutamaan.

maya sanggup tolak tawaran 20 juta

Kredit: @maya_karin/instagram

"Jika ditawarkan RM20 juta sekalipun untuk membintangi dua atau tiga filem yang tidak berkualiti, saya tidak akan menerimanya. Bagi saya, nama dan reputasi terlalu mahal harganya,"

"Pada awal kemunculan dulu, saya pernah membintangi filem Mr Cinderella 2 terbitan bersama Skop Productions. Sebenarnya, sudah banyak kali Datuk Yusof menawarkan filem untuk saya, tetapi ketika itu saya berada di bawah pengurusan sebuah syarikat.

"Apabila kontrak saya tamat dengan syarikat berkenaan, Datuk Yusof menawarkan pula peluang berlakon filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Begitupun, watak yang ditawarkan terlalu Melayu dan banyak menggunakan bahasa pertuturan yang saya tidak faham.

"Saya juga agak ragu-ragu dengan imej bohsia, jadi saya terpaksa menolaknya. Datuk Yusof membuat tawaran lagi untuk filem Desolasi. Ia juga macam kurang sesuai dengan saya. Skripnya baik, tetapi terlalu bercorak fiksyen sains.

"Ketika saya sibuk berulang-alik ke London pula, ada sebuah lagi tawaran untuk saya, iaitu filem Munafik. Saya meminta Skop Productions menghantar skrip terlebih dulu, tetapi mungkin disebabkan masalah komunikasi kerana saya berada di London, ia juga tidak menjadi.

"Sebenarnya, saya fikir mungkin ada masa lagi untuk saya mempertimbangkan tawaran itu, tetapi saya lambat. Kemudian saya dengar, Munafik sudah pun memulakan penggambaran," katanya.

"Ketika ditawarkan watak dalam filem terbabit, saya tidak lagi menolak, biarpun skrip belum dibaca. Bagaimanapun, apabila Syamsul mengetahui saya bersetuju membintangi Munafik 2, skrip awalnya dirombak semula.

Munafik 2

"Skripnya hanya diserahkan kepada saya tiga hari sebelum penggambaran bermula. Saya terkejut banyak babak yang tiada dalam skrip sebelum ini diselitkan. Adegan kena rogol pun ada.

"Saya dapat berasakan watak Sakinah sangat luar biasa. Alhamdulillah, saya sentiasa diberikan watak berat dan ada isi," katanya.

maya sanggup tolak tawaran 20 juta

"Syamsul tahu, apabila saya mendapat skrip, saya mengkaji sedalam-dalamnya watak yang diserahkan kepada saya, bukan membacanya saja. Saya juga mendapat khidmat Ellie Suriaty untuk membimbing lakonan.

"Dia tidak perlu mengingatkan saya. Selalunya, kami tidak bercakap apapun apabila tiba di lokasi penggambaran. Dia tidak mengarahkan saya, serta mahukan itu dan ini, tetapi memberi kebebasan kepada saya.

"Sesekali Syamsul menegur jika ada babak yang perlu diperbetulkan. Syamsul seperti (pengarah) Osman Ali. Bagaimanapun, saya agak sedih babak saya dengan Syamsul tidak banyak. Hanya ada dua momen yang membuatkan kami bertentang mata.

"Saya mengharapkan dapat berlakon lebih banyak babak dengan Syamsul pada masa akan datang," katanya yang berasakan Syamsul masih tebal dengan sikap pemalu.

Mengulas mengenai watak Sakinah, Maya berkata, terlalu banyak babak berat dan beremosi yang perlu dilakonkan olehnya dalam Munafik 2.

"Ada babak rogol, tetapi saya memberitahu Syamsul, ia perlu dilakukan sebaiknya. Semua itu belum lagi dihitung adegan bergaduh, berlari dan berkejar.

"Paling sukar adalah apabila saya digantung di pokok, dalam masa yang sama saya menjerit dirasuk dan bercakap dalam bahasa Arab.

"Mereka ada menyediakan papan besar untuk saya membacanya, tetapi tulisannya tidak jelas kerana saya digantung di pokok. Saya tidak mahu dilihat seperti membaca bahasa Arab tanpa dapat menghayati babak berkenaan.

Filem ke-10 arahan Syamsul yang diterbitkan Skop Productions Sdn Bhd itu akan menemui penonton di pawagam pada 30 Ogos depan. Selain Maya, filem itu turut dibintangi Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Rahim Razali, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Ku Faridah dan Syamsul sendiri.

Sumber: Berita Harian Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}