Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Cerita Kedai Kopi

“Saya Bagi Amaran Keras…” Nabila Huda Beri Amaran Kepada Individu Yang Suka ‘Body Shaming’

Nabila mendedahkan tentang body shaming di Instagram miliknya.
nura
21 Jun 2021, 04:25 PM

Pelakon tersohor tanah air, Nabilah Huda mengeluarkan amaran keras kepada sesiapa yang suka membandingkan saiz badan dan melakukan ‘body shaming’.

“saya bagi amaran keras…” nabila huda beri amaran kepada individu yang suka ‘body shaming’

Menerusi hantarannya di  laman Instagram serta beberapa hantaran di Instagram Highlights ‘You Better Stop’, Nabila mendedahkan sudah mengendahkan beberapa produksi yang sering menjadikan saiz badan sebagai ukuran bagi anak seni.

“Serius, benda pasal 'body shaming' ini, atau jumpa orang yang masih tak boleh faham dengan bentuk badan dulu dan sekarang, nak banding-bandingkan dan kata 'eh, dah gemuklah sekarang', saya dah senarai hitam beberapa produksi!.

“Sedangkan syarikat produksi pun saya boleh senarai hitam sebab keluarkan kata-kata ini, bayangkan bagaimana pula dengan kamu yang tak ada kena mengena dalam hidup saya,” tulisnya.

“saya bagi amaran keras…” nabila huda beri amaran kepada individu yang suka ‘body shaming’

Tambahnya, Nabila sebagai anak seni mengetahui tugas dan tanggung jawabnya apabila ditawarkan sesuatu watak untuk berlakon“Seorang pelakon tahu apa tugas dia, apa watak dia, apa dia kena buat dan apa saiz yang sesuai dengan watak dia. Itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab untuk pastikan saiz badan kita sesuai dengan watak.

“Seorang pelakon boleh saja nak kurus atau gemukkan badan dia ikut pada permintaan watak. Tak payah nak bandingkan saiz badan dengan tawaran kerja tahun 1998 dengan 2021,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

 

Nabila Huda berharap agar semua pihak menghentikan dengan melakukan ‘body shaming’ sesuka hati kepada mana-mana pihak kerana ia boleh melibatkan emosi dan perasaan seseorang.

“Semua orang cantik dalam apa jua cara mereka ada, henti membandingkan, henti mengadili,” ujarnya.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}