Pelakon terkenal Indonesia, Randy Pangalila dan isterinya Chelsey Frank selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada Rabu lalu di sebuah pusat perubatan di Jakarta.
Mereka dikurniakan seorang puteri dan diberikan nama Blair Willow Pangalila.
Menurut perkongsian Randy di Instagram, dia meluahkan penghargaannya kepada para doktor dan jururawat yang banyak memberi bantuan sepanjang proses kelahiran anaknya itu.
Bahkan, aktor tersebut merakamkan beberapa gambar kenangan ketika berada di bilik bersalin bersama isterinya.
“Kemarin adalah hari yang paling bermakna untuk saya dan isteri. 24 Mac 2021, pukul 9.54 pagi, wanita kuat ini, telah melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik, Blair Willow Pangalila, anak kami.
“Sebuah momen bahagia yang sudah ditunggu-tunggu kami berdua, terima kasih kepada para doktor dan jururawat yang sudah membantu kelancaran proses bersalin isteri saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, Randy mendirikan rumah tangga dengan Chelsey yang berasal dari Kanada pada 19 Januari 2019 di Bali, Indonesia.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.