Penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melunaskan impiannya sejak beberapa tahun lalu bagi menghasilkan album kanak-kanak dengan melancarkan single Medley Klasik Siti 1 yang mengandungi lagu Buai Laju-Laju, Tepuk Amai-Amai, Suriram dan Bunga Matahari.
Kepercayaan diberikan kepada penerbit muda, Pown Hasril dalam menghasilkan lagu Medley Klasik Siti 1 dengan sentuhan baru.
Bagi Siti, penghasilan album kanak-kanak ini merupakan usaha beliau bagi melestarikan lagu kanak-kanak klasik supaya sentiasa diingati dan menjadi warisan generasi akan datang.
Siti yang kini hamil 8 bulan masih kuat dan gigih menyiapkan rakaman vokal dan video muzik sebelum berehat untuk persediaan melahirkan dan berpantang.
Selain itu, bagi Siti yang kini sudah bergelar ibu, muzik kanak-kanak mempunyai impak positif bagi membantu perkembangan dan pembelajaran. Kanak-kanak
“Apa yang penting adalah mesej yang kita sampaikan di dalam sesebuah lagu.
"Anak-anak ini akan cepat belajar dan memahami, justeru dalam lirik lagu kanak-kanak termasuk olahan lirik terbaharu, saya memberikan mesej yang baik serta berguna,” ujarnya.
Lagu-lagu yang terkandung dalam Single Medley Klasik Siti 1 merupakan lagu kanak-kanak yang sering dinyanyikan oleh Siti bersama rakan-rakan sewaktu tinggal di berek polis di Kuala Lipis, Pahang.
Nostalgia puluhan tahun lalu diabadikan oleh beliau di dalam sebuah lagu dan berharap agar anakanda Siti Aafiyah mengenal lagu kanak-kanak zaman beliau dahulu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.