Pelakon veteran, Zainol Macwilson menceburi dalam bidang perniagaan menjual buah harum manis dan kini sudah beralih pada penjualan baja.
Menurut ayahanda Zahirah Macwilson itu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala penggambaran telah diberhentikan. Oleh itu, dia tidak malu atau segan dalam mencari rezeki dengan pelbagai jenis cara.
“Salam hari minggu semua! Saya rasa belum terlambat untuk saya nak ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi pada para pelanggan yang telah sudi melanggan harum manis dengan saya baru-baru ini.
“Sekarang dengan PKP, shooting pun tak ada jadi, saya beralih ke penjualan baja pula!
“Yang penting, kita cari rezeki yang halal dan tak perlu nak rasa malu dan segan! Buat masa ini, khusus untuk warga Perlis saja,” tulisnya di ruangan kapsyen dalam hantaran di Instagram.
Rata-rata pengikut pelakon tersebut memberi pujian atas usahanya dalam mencari rezeki tidak kira dalam apa cara sekalipun.
Zainol Macwilson merupakan pelakon popular dari era tahun 90-an dan kini masih lagi berlakon dalam beberapa drama popular.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.