Sejak kebelakangan ni, setiap kali layan Facebook mesti Fruits Pastry Cake lalu timeline. Anda pun sama ke? Tengok orang buat cantik, terasa nak try juga.
Ni adalah Fruits Pastry Cake yang dikongsi Suzi Yanti Md. Hane di group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) yang dapat lebih 10K perkongsian.
Bolehlah buat cuti hujung minggu ni.
Bahan-bahan
Bahan A
- 6 biji telur
- 200gm butter cairkan
- 200gm gula castor
- 1 sudu teh parutan kulit lemon... Saya guna 1 sudu teh sunkist
- 1 sudu besar yogurt plain..
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan B
- 400gm tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- Buah-buahan: strawberi, blueberry, kiwi (Ikut la nk letak ape pun)

Cara membuatnya
- Masukan semua bhn A dlm bekas kacau sebati, guna mixer pun boleh
- Kemudian masukan tepung yg telah diayak, kacau rata.
- Griskan loyang dan lapik kertas
- Gaul buah-buahan yang telah dipotong dengan sedikit gula
- Susun buah-buahan atas adunan, tak perlu tekan buah-buahan tu
- Bakar Pada suhu 180 darjah selsius selama 25 hingga 30 minit mengikut oven masing2

Kredit: Suzi Yanti Md Hane
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.