Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Kuali Gegar

Amalkan Tips Ini Untuk Penjagaan Makanan Yang Sihat

Keselamatan makanan amat penting untuk elakkan daripada keracunan makanan dan lebih bahaya yang membawa kepada kehilangan nyawa
Abdul Muadzar Azizan.
13 Jun 2024, 10:00 AM

amalkan tips ini untuk penjagaan makanan yang sihat

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang remaja dan seorang kanak-kanak akibat keracunan makanan. Keracunan makanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja. Pastikan makanan yang anda makan selamat dengan mematuhi langkah-langkah kebersihan: cuci tangan dengan betul, masak makanan pada suhu yang tepat, dan simpan makanan di tempat yang sesuai. Jaga kesihatan anda dan keluarga dengan memilih dan mengendalikan makanan secara bijak.

 

amalkan tips ini untuk penjagaan makanan yang sihat

1. Cuci Tangan Dengan Betul

Sebelum dan selepas mengendalikan makanan, cuci tangan dengan sabun dan air mengalir selama sekurang-kurangnya 20 saat dengan Teknik pencucian yang betul. Ini membantu menghilangkan bakteria dan kuman yang boleh menyebabkan pencemaran makanan.

 

amalkan tips ini untuk penjagaan makanan yang sihat

2. Asingkan Makanan Mentah dan Masak

Untuk mengelakkan pencemaran silang, asingkan makanan mentah seperti daging, ayam, dan makanan laut dari makanan matang dan siap makan. Gunakan papan pemotong dan pisau yang berbeza untuk memotong makanan mentah dan matang.

 

amalkan tips ini untuk penjagaan makanan yang sihat

3. Simpan Makanan dengan Betul

Simpan makanan di dalam peti sejuk pada suhu di bawah 4°C dan di dalam peti sejuk beku pada suhu di bawah -18°C. Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik lebih dari dua jam. Simpan makanan yang mudah rosak segera setelah digunakan. Makanan yang mudah rosak seperti susu, daging dan makanan laut harus disimpan di bahagian paling sejuk dalam peti sejuk. Simpan makanan kering di tempat yang sejuk, kering dan jauhi dari sinaran matahari.

amalkan tips ini untuk penjagaan makanan yang sihat

4. Perhatikan Kebersihan Dapur

Sentiasa memastikan kebersihan dapur terjaga dengan kebersihan permukaan dapur, papan pemotong, dan peralatan memasak dengan sabun dan air panas selepas digunakan, terutamanya selepas memproses daging mentah. Gunakan tisu pakai buang atau kain bersih untuk mengelap peralatan yang sudah dibasuh.

amalkan tips ini untuk penjagaan makanan yang sihat

5. Periksa Tarikh Luput

Perkara ini harus dijadikan amalan ketika pembelian bahan masakan atau makanan, jika perkara ini tidak diamalkan perkara lain yang ditikberat akan menjadi sia-sia. Sentiasa periksa tarikh luput pada bungkusan makanan. Buang makanan yang sudah melewati tarikh luput untuk mengelakkan risiko keracunan makanan.

Keselamatan makanan merupakan isu yang perlu diambil serius oleh semua pihak termasuk kerajaan, pengeluar, penggendali dan pengguna supaya keselamatan makanan dapat dijaga dan kes keracunan makanan dapat dikurangkan. Pengguna yang bijak akan memastikan makanan yang diambil, dikilangkan dan menggunakan bahan yang mempunyai Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) seperti GMPHACCP and ISO 22000. Pengguna juga perlu memilih premis makanan yang bersih dan mengamalkan sistem pengurusan keselamatan makanan yang baik.

#KeselamatanMakanan #KeracunanMakanan #Kesihatan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}