Mesti ramai yang gemar minum teh ais atau teh beng, betul tak? Sebab itu kalau pergi mana-mana mesti akan nampak ramai yang jual teh beng, pelbagai jenis pun ada!
Lagi-lagi pada bulan puasa ni, sedapnya kalau dapat teh beng masa berbuka! Sejuk, manis berlemak! Eh, sabar! Belum sampai waktu berbuka lagi ni!
Haaaa, daripada beli lebih baik buat sendiri kat rumah. Boleh hidangkan untuk seisi keluarga buat buka puasa hari pertama bulan Ramadan tahun ni! Senang je, ikut je cara Miz Juejue ni!
Cara membuatnya untuk satu gelas saiz ini.
- Masukkan 2-3 sudu teh serbuk teh (saya guna teh Barra, teh dari Kedah bukan teh merah Thailand)
- Rendam dengan air yang betul-betul panas. Kalau nak lagi kaw masak teh dalam periuk sampai menggelegak
- Biarkan rendam serbuk teh sampai suam. Kemudian tapis
- Tambah susu pekat manis, ikut selera masing-masing
- Kemudian tambah 2-3 sudu susu cair untuk tambah rasa lemak! Jangan tambah air selepas bancuh! Nanti akan jadi cair!
- Tambah ketulan ais dan dah siap untuk diminum! Kalau nak buat satu jag, gandakan sahaja bahan-bahan!
Senang saja kan! Haaa, boleh la buat untuk berbuka nanti! Selamat mencuba!
Sumber: Miz Juejue
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.