Rakyat Malaysia dan roti canai memang susah nak dipisahkan. Bukan je sarapan pagi, ada yang makan roti canai tengah hari, minum petang, makan malam dan makan tengah malam. Untuk korang yang suka makan roti canai, perkongsian dari Normaliana Abu Bakar di Facebooknya yang berkongsikan cara mudah untuk menghasilkan sendiri roti canai di rumah ni sesuai untuk korang. Bolehlah buat sendiri di rumah. Simple je!
BAHAN-BAHAN
1. Tepung gandum 4 cawan.
2.Telur sebiji.
3.Gula sesudu makan.
4.Air secawan
5.Garam setengah sudu kecil.
6.Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA-CARANYA
1. Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat ( saya uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.
2. Bahagikan doh kepada bahagian kecil (saya bahagi kepada 12 biji bola semuanya) ikut suka korang kalau anak 10 buat kecil kalau anak 2 buatlah besar gabak biar cepat siap.
3. Susun dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan biarkan lebih kurang 2 jam.
4. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang diletakkan atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
5. Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar. Biarkan dalam 3@4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3@4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
6. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
7. Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai.
8. Lipat sisi pertama dan kedua.
9. Lipatan ketiga dan keempat. Cantik menarik tertarik.
10.Roti canai digoreng dengan gembira.
11. Panas siap berkepul. Kau mahu roti kosong ke sardin ke telur tampal telur bawang? Up to u. Selamat berjaya!
Sumber: Facebook Normaliana Abu Bakar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.