Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Makan Di Mana?

8 Cara Elak Kutu Beras

Mak-mak kat dapur boleh cuba cara ni
Sofea Shahrol
09 Mar 2022, 10:00 AM

Kutu beras memang musuh suri rumah. Walaupun cuma seekor dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Beras yang diserang kutu akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua perkongsian saudari Nur Hasanah Harun yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.

1.Menggunakan oven

8 cara elak kutu beras

  • Panaskan oven sekejap. Masuk beras dalam tray dan masukkan ke oven lebih kurang 10 minit biar beras jadi betul-betul panas. Ia bertujuan supaya kutu/bubuk dan ulat-ulatnya mati.

2. Goreng beras dalam kuali tanpa minyak

8 cara elak kutu beras

  • Jika tiada oven, boleh goreng beras tanpa minyak di dalam kuali . Goreng sekejap sahaja, suhunya agak-agak panas. Jangan goreng sampai keperangan.

3. Jemur beras di bawah panas matahari

8 cara elak kutu beras

  • Lletakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Jika tiada dulang bersesuaian, jemur sahaja bekas beras yang telah dibuka penutupnya. Dengan cara ini kutu akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.

4. Cili kering

8 cara elak kutu beras

  • Masukkan cili kering yang telah dipotong dua ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu dari bersarang dalam bekas beras anda.

5. Bawang putih

8 cara elak kutu beras

  • Kutu beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini. Ambik beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas beras anda. 

6. Keratan batang dan daun pudina

8 cara elak kutu beras

  • Tangkai daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian ramas atau kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras.

7. Daun limau purut

8 cara elak kutu beras

  • Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu dari terus menghuni bekas simpanan beras.

8. Kulit kayu manis

8 cara elak kutu beras

  •  Bau harum kulit kayu manis mampu menghalau kutu dari bekas beras. Ambik beberapa batang kulit kayu manis. Goreng dalam kuali tanpa minyak bagi menerbitkan bau harum. Kemudian masukkan ke dalam uncang dan letak dalam bekas beras.

Selamat mencuba!

Sumber: Rasa

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}