Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

14 Jenis Makanan Tak Patut Simpan Dalam Peti Sejuk Tapi Ramai Yang Buat

Ramai yang suka jadikan peti ais sebagai 'stor' makanan
Editor
06 Sep 2020, 04:02 PM

Ramai antara kita yang menjadikan peti ais sebagai ‘stor’ makanan tanpa memikirkan telebih dahulu sama ada ia perlu disimpan sejuk mahupun tidak.

Berikut adalah 14 makanan yang tidak sepatutnya disimpan sejuk dalam peti ais:


#1 Sos Cili


Suhu sejuk menjadikan pengaliran daripada dalam botol menjadi agak perlahan dan rasanya juga boleh terjejas.

#2 Bawang


Elakkan menyimpan bawang dalam peti sejuk, lebih-lebih lagi bawang yang sudah dipotong. Bakteria mudah melekat dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.


#3 Ubi Kentang


Kelembapan dalam peti sejuk mempercepatkan proses pereputan ubi kentang. Ia lebih elok disimpan dalam raga berlubang dan persekitaran yang kering.


#4 Daun-Daun Herba


Daun herba seperti daun sup, daun bawang, daun basil dan sebagainya tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap semua bau dalam peti sejuk dan mudah menjadi kurang segar.

#5 Buah-Buahan Muda


Jika ingin mempercepatkan proses kematangan buah, cara menyimpan makanan yang sebetulnya adalah dalam suhu bilik.
Buah-buahan yang disimpan dalam peti sejuk akan diperlahankan prosesnya daripada masak ranum.


#6 Roti


Untuk mengekalkan rasa dan tekstur, sebaiknya balut dalam plastik berzip dan letak di atas meja.
Roti yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama, tetapi menjadi keras dan kering. Malah, ia cenderung menyerap aroma makanan yang disimpan lain dalam peti sejuk.


#7 Buah Tomato


Menyimpan tomato dalam peti sejuk boleh menjejaskan rasa sedia ada, malah menjadikannya lebih cepat rosak


#8 Kopi


Lebih bagus simpan kopi dalam bekas yang tertutup rapat dengan suhu bilik. Serbuk kopi akan menjadi keras dan sukar diambil apabila ingin digunakan.


#9 Madu


Madu asli sebenarnya tidak mempunyai tarikh luput kerana ia tidak akan rosak. Jadi ia tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan rasa dan kualiti madu, letakkannya di tempat yang tidak terdedah kepada haba.


#10 Minyak Masak


Sebaiknya letakkan minyak masak di sudut dapur. Begitu juga dengan minyak lain seperti minyak zaitun atau minyak kelapa. Biasanya minyak sebegini boleh bertahan sehingga 2 tahun walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk.


#11 Beras


Beras tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Sebaliknya, hanya nasi saja yang elok disimpan dalam peti sejuk untuk memperpanjangkan hayatnya.


#12 Lada Hitam


Semua jenis rempah seperti lada hitam biasanya lebih baik disimpan dalam suhu bilik. Suhu dingin boleh menjejaskan rasa dan teksturnya.


#13 Jem Kacang


Jem kacang lebih mudah digunakan jika disimpan dalam suhu bilik. Namun, jika anda amat jarang menggunakannya, eloklah disimpan dalam peti sejuk.


#14 Bahan Bukan Makanan


Sebenarnya ada yang menyimpan bateri dalam peti sejuk supaya kapasitinya tidak terbebas lalu menyebabkannya tahan lama. Namun, ia tidak semestinya akan memberi kesan kepada bateri untuk jangka masa panjang. Cuma, elakkan meletakkan bateri tersebut di tempat yang panas seperti di luar rumah yang terdedah kepada cahaya matahari.
Elakkan juga meletak alat solek / make-up dalam peti sejuk. Ini kerana, kerana suhu dingin boleh menjejaskan kestabilan bahan kimia di dalamnya.

14 jenis makanan tak patut simpan dalam peti sejuk tapi ramai yang buat


Sumber: Academy of Nutrition and Dietetics

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}