Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Bil Aircond Korang Tinggi Sangat? Ni 5 Benda Senang Korang Boleh Buat Untuk Jimat!

Nak jimat bil pun kena teliti.
Editor
06 May 2019, 10:00 AM

bil aircond korang tinggi sangat? ni 5 benda senang korang boleh buat untuk jimat!

Kredit gambar utama: Shutterstock

Tengah musim panas ni, rasa nak pengsan tengok bil elektrik yang asyik meningkat setiap bulan. Hampir setiap isi rumah di Malaysia ni rasa tak puas hati dengan bil elektrik yang tinggi. Salah satunya dah tentu disebabkan oleh aircond yang dibuka sepanjang masa.

Tak perlu berkorban dan berpanas dengan menutup aircond sebab nak jimatkan kos. Korang boleh buat lima benda mudah ni untuk kurangkan bil elektrik:

#1 Pastikan semua tingkap dan pintu tertutup rapat

Kalau tingkap dan pintu bilik dibiar terbuka, bilik akan sejuk dengan lambat, dan ini akan buat aircond bekerja lebih keras bagi menyejukkan ruangan. So kalau nak jimatkan bil elektrik, pastikan semua tingkap dan pintu bilik tertutup rapat.

#2 Tutup aircond di waktu malam masa korang masuk tidur

Suhu di waktu malam sememangnya lebih rendah, jadi kalau boleh tutuplah aircond korang masa nak masuk tidur kalau nak lagi jimat.

#3 Pastikan korang cuci penapis udara

Dalam hal penapis udara, memang ramai di antara kita yang jarang cuci penapis udara. Semakin kotor penapis tu, semakin susah penyaman udara tu nak berfungsi. Dan semakin susah ia nak berfungsi, semakin banyak tenaga yang ia gunakan, yang akan menyebabkan bil tinggi.

#4 Tutup aircond bila keluar rumah

Haa, benda ni memang ramai gila orang yang lupa nak buat bila keluar rumah. Bila dah sehari suntuk keluar rumah dan takde orang kat rumah, confirm melambunglah bil elektrik disebabkan oleh aircond yang lupa ditutup tu. Bila dah kejar masa ni, memang payah nak ingat tutup aircond.

Salah satu cara paling senang dan berkesan supaya korang takkan lupa nak tutup aircond ialah korang gunakan aircond yang ada sistem Smart Control, untuk buat korang boleh kawal aircond korang tu melalui aplikasi smartphone kat mana-mana je, asalkan aircond tu dah diconnect dengan WiFi.

#5 Gunakan aircond yang ada Smart Sensor

Tak semua aircond ada Smart Sensor, yang boleh kesan kalau ada orang di dalam bilik atau tak. Selalunya dengan Smart Sensor ni, aircond akan menghalakan hawa dingin secara direct kat orang yang ada dalam bilik tu. Kalau takde orang dalam bilik, aircond akan tingkatkan suhu setiap 20 minit.

Jadi, walaupun aircond terus dibuka on and on, ia takkan memakan tenaga yang banyak. Ini membantu dalam pengurangan bil elektrik, sebab kalau aircond dibuka bagi tempoh yang lama pada suhu yang rendah, ia akan menjana lebih banyak tenaga elektrik.

Kalau korang tengah cari aircond yang ada Smart Sensor atau Smart Control ni, aircond SMARTO keluaran terbaru oleh Daikin ada tiga ciri khas yang boleh membantu dalam menjimatkan bil elektrik:

bil aircond korang tinggi sangat? ni 5 benda senang korang boleh buat untuk jimat!

Kredit gambar: Daikin

Smart Sense 
Sensor haba yang mengesan haba tubuh seseorang dan boleh mengubah suhu bilik berdasarkan kehadiran orang.

Smart Clean 
Penapis udara yang menggabungkan tiga lapis teknologi penapisan: penapis ‘teh hijau’ untuk menapis segala jenis bakteria dan virus, penapis habuk, dan juga teknologi Streamer bagi menghapuskan segala alergen yang masuk atau mereput dalam penapis.

Smart Control 
Sistem kawalan penyaman udara melalui aplikasi smartphone ‘Daikin Mobile Controller’ yang membolehkan korang kawal aircond kat mana-mana je.

Lagipun, aircond ni memang dah ada penapis udara, jadi korang tak perlu lagi nak membazir duit beli dua benda berasingan.

Nak menang aircond yang canggih ni? Jangan lupa sertai Pertandingan Pikat Line Ramadan di GEGAR! Pemenang yang bertuah akan memenangi sebuah aircond Daikin SMARTO R32 Inverter bernilai RM2,200! Klik sini untuk maklumat lanjut!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}