Kredit: Freepik
Anda ada tak kawan-kawan yang kulit mukanya flawless, bersinar dan nampak muda remaja je? Padahal, rutin harian penjagaan muka yang digunakan tak jauh beza pun dengan anda. Pernah tak anda terfikir macam mana boleh jadi macam tu?
Nak dapat kulit cantik ni, selain perlukan produk yang tepat dan sesuai dengan kulit, anda juga kenalah berdisiplin. Kena konsisten dengan sesuatu produk. Bukannya hari ni pakai produk lain, rasa tak berkesan esok dah tukar ke produk lain. Jika berterusan lakukan macam ni, sudah pasti anda tidak akan temui produk yang benar-benar sesuai dengan diri.
Selain mengikut rutin dan kaedah penjagaan wajah yang disarankan, anda juga boleh lakukan 5 hacks ni untuk dapatkan hasil yang terbaik:
#1 Rendaman ais
Stress dengan liang pori yang terlalu besar dan jelas kelihatan? Anda boleh kecilkan pori menggunakan campuran air dan ais. Masukkan muka ke dalam semangkuk air bercampur ais dan biarkan seketika. Dengan kaedah ini, peredaran darah akan meningkat, liang pori tertutup dan menghalang bakteria serta kotorang memasuki pori.
#2 Pakai tabir suria
Matahari pagi memang baik untuk kulit sebab kaya dengan vitamin D, tetapi cahaya matahari terik boleh merosakkan kulit. Sebab itu penting untuk anda gunakan tabir suria setiap hari walaupun dalam cuaca redup.
#3 Senaman muka
Teknik senaman muka ni bukan sahaja boleh mengecilkan muka tetapi boleh menjadikan awet muda. Ada banyak teknik senaman muka antaranya menyebut AEIOU setiap pagi dan malam dan menyebut perkataan XO berulang kali.
#4 Urutan wajah
Selain mengamalkan rejim penjagaan wajah, anda boleh lakukan urutan wajah untuk dapatkan kulit yang anjal dan menggalakkan pengaliran darah dan oksigen.
#5 Guna satu jenama pada satu-satu masa
Untuk dapatkan keberkesanan sesuatu produk itu, anda kenalah gunakannya untuk beberapa hari dan jangan sekali-kali mencampurkannya dengan produk-produk lain. Setiap produk itu kan ada formulasi tertentu, jika anda campur produk A dan B misalnya, boleh menjejaskan keberkesanannya.
Untuk korang yang tercari-cari produk terbaik yang boleh digunakan, apa kata anda cuba produk 5 Dalam 1 Deeja Cosmetic yang mengandungi sabun pembersih muka, toner nano, sun cream dan dua krim malam iaitu zulai cream dan laika cream.
Kredit: Deeja Cosmetic
Deeja Cosmetic sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan kulit kelihatan tidak bermaya. Gunakan Deeja Cosmetic setiap hari untuk tampil cantik menawan dan bebas kedutan persis anak dara.
Nak kulit cantik? Jom dapatkan Deeja Cosmetic hari ini. Nak cerah? Nak gebu? Ikuti Facebook dan Instagram Deeja Cosmetic HQ. Nak cantik? Haruslah Deeja...
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.