Kredit gambar utama: Pexels
Korang suka bersolek? Berapa lama kebiasaannya masa yang diperuntukkan untuk bersolek setiap hari? Ada yang hanya memperuntukkan 30 minit dan tak kurang juga sehingga 2 jam bergantung kepada acara yang bakal dihadiri.
Untuk korang yang selalu bermekap tu sudah tentu akan melakukan beberapa kesilapan. Ada yang sedar dan ada yang tak perasan pun... Kami senaraikan antara kesilapan yang selalu sangat dilakukan ketika bersolek...
#1 Terlalu Putih
Pemilihan foundation dan bedak kompak yang tidak sesuai dengan warna kulit. Sebaiknya cari warna satu atau dua tingkat lebih terang daripada kulit. Barulah tiada perubahan ketara antara wajah dengan leher.
#2 Tidak Sekata
Penting untuk bersolek di bawah cahaya yang mencukupi supaya dapat mengelakkan mekap korang tebal sebelah. Kita mungkin tidak perasan tetapi orang yang melihat kita dapat lihat perbezaannya pada wajah.
#3 Matching Dengan Baju
Kalau boleh dari atas ke bawah semua nak sama. Eye shadow hijau setona dengan baju misalnya. Sebaiknya sebagai jalan selamat, gunakan warna-warna solekan yang neutral untuk kelihatan elegan.
#4 Mudah Terikut-Ikut
Ramai yang menggunakan media sosial sebagai medium untuk belajar teknik dan cara solekan yang betul. Ramai juga yang menjadikan lembaran fesyen sebagai panduan tanpa memikirkan kesesuaiannya dengan diri sendiri. Sesetengah mekap itu lebih sesuai untuk majlis makan malam atau acara karpet merah dan kurang sesuai digayakan ke tempat kerja.
#5 Terlebih Guna Concealer
Tujuan concealer untuk menutup cela pada wajah. Penggunaannya pula tidak boleh semberono kerana jika terlebih boleh menjejaskan solekan korang.
Paling penting sebelum korang bermekap kenalah pastikan kulit wajah telah dibersihkan dan jangan sesekali tidur dalam keadaan mekap masih bersisa di wajah. Untuk korang yang risau masalah jerawat, jeragat, kulit berminyak dan tona kulit tidak sekata, korang boleh produk Dnars Skincare.
Produk ini merupakan set penjagaan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki, dalaman dan luaran yang membantu menjadikan kulit lebih licin, flawless dan kulit semakin putih serta cerah berseri.
Dnars juga mengeluarkan produk Body Soap, Sabun Muka Dnars, Glowing Foundation dan TonerCollagen Dnars untuk kecantikan menyeluruh. Untuk korang yang alami masalah kekejangan otot dan sendi bolehlah gunakan Gel Lutox dan untuk kecergasan optima jadikan Jus Lutox yang diformulasi secara khusus menggunakan ramuan semulajadi seperti kurma, madu, delima, garam bukit dan buah markisa sebagai teman baikmu.
Layari Facebook Dnars Skincare HQ untuk info lanjut. Hebat Dnars... #hebatdnars #dnars #biarkandnarsberbicarapadawajahanda
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.