Kredit gambar utama: Shutterstock
Sepanjang Ramadan ni, anda paling kerap berbuka di mana? Ada yang memilih untuk berbuka di masjid, ada yang lebih menyukai restoran tetapi tak kurang juga yang lebih suka berbuka beramai-ramai di rumah. Bagaimana dengan anda?
#1 Berbuka Di Rumah
Kredit: Shutterstock
Ada sempat masak, ada pula yang hanya membeli makanan di bazar Ramadan. Tradisi ini paling kerap diamalkan kerana mudah, selesa dan pada masa sama dapat mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga.
#2 Piknik/Masjid
Kredit: Harian Metro
Banyak padang dan dataran yang selesa disediakan. Hanya bentang tikar atau kain alas hidang makanan, anda dah boleh berbuka berbumbungkan hamparan bintang sambil melihat gelagat orang. Antara lokasi famous termasuklah Qiblat Walk Putrajaya atau di Dataran Merdeka kerana kedudukannya berhampiran bazar dan masjid. Ada juga yang suka berbuka di masjid. Hari ni masjid ini, esok pula masjid itu. Percuma dan selesa kerana semua keperluan tersedia.
#3 Berbuka Di Hotel
Kredit: Vkeong
Yang ada bajet lebih tu, tak salah jika memilih untuk berbuka di hotel. Pilih sahaja harga serta pakej makanan yang berkenan di hati. Jika tempahan dilakukan awal, berkemungkinan anda dapat diskaun tambahan... Kan lebih jimat.
#4 Berbuka Di Ofis
Lokasi ni kurang disukai tetapi apakan daya jika tugasan yang diberi masih berbaki. Terpaksalah berbuka dengan rakan-rakan senasib. Kebiasaannya ada seorang runner akan keluar membeli makanan. Iyalah, tidak semua ofis menyediakan kafe untuk pekerja, kan?
#5 Berbuka Dalam Kereta
Berbuka paksa rela. Tiada makanan fancy kerana inilah golongan yang tidak sempat sampai ke rumah sebelum Maghrib. Jika bernasib baik adalah kurma, air mineral atau kuih muih bazar Ramadan, jika tidak berbuka dengan meneguk ‘air liur’ je la jawabnya.
Tetapi anda boleh memilih untuk berbuka dengan suasana yang lebih awesome Ramadan ini. Iya, anda boleh berbuka puasa dengan Spring Home dan penyampai GEGAR. Hanya beli 4 produk Spring Home dengan salah satu daripadanya Roti Prata.
Tunjukkan resit pembelian kepada Kru GEGARuntuk peluang mendapatkan 2 jemputan berbuka puasa bersama Nazz dan Agam serta Spring Home pada 26 Mei ini di Kota Bharu, Kelantan dan 2 Jun ini di Kuantan, Pahang.
Anda bukan sahaja disajikan dengan pelbagai makanan enak, tetapi berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Ada hadiah menanti anda dan paling best, anda dapat beramah mesra dengan bergambar dengan penyampai GEGAR.
Selain popiah dan roti canai, tak tahu makanan apa lagi yang boleh anda sediakan untuk menambat hati keluarga? Jom tengok video ni. Macam-macam resipi menarik boleh anda cuba.
Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat serta notis privasi, klik sini. Spring Home, selera baru Asia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.