Kredit gambar utama: Shutterstock
Wanita terutamanya sanggup buat apa sahaja untuk cantik. Tidak hairanlah wanita mengambil masa berjam-jam untuk bersiap untuk ke mana-mana. Part yang paling mengambil masa tentunya mekap dan menggayakan tudung. Tetapi dengan 5 tip ni, anda boleh jimatkan baaanyak masa di hadapan cermin dengan hasilnya yang ‘boleh tahan’.
#1 Nak nampak hidung mancung dan kecil? Guna je teknik contour. Tetapi pastikan anda tidak tersalah teknik, supaya hidung tidak nampak senget. Paling mudah, guna sahaja garfu macam video ini.
#2 Siapa yang tak suka jika muka nampak kurus dan panjang. Anda pun boleh dapat hasil yang sama dengan hanya menggunakan berus gigi. Tetapi pastikan anda guna berus gigi yang baru ya.
#3 Antara part paling sukar terutama buat mereka yang tidak biasa; membentuk eyeliner agar sekata dan sama di kedua-dua mata. Caranya, hanya gunakan penyepit rambut bobby pin.
#4 Nak mudah lagi membentuk eyeliner, guna sahaja sudu seperti gambar ini.
Kredit: Cosmopolitan
#5 Pastikan mekap disapukan sekata ke seluruh wajah. Nak tau cara lebih mudah selain menggunakan span? Gunakan belon yang di dalamnya diisi sedikit losyen atau air.
Dah tau cara mekap paling mudah dah cepat, pastikan anda oleskan lipstik jenis matte yang tahan lebih lama.
Anda boleh menggunakan lipstik matte Tati dengan 10 pilihan warna menarik. Layari FB Tati Skincare HQ untuk maklumat lanjut. Tati Kosmetik. Dari TATI Turunnnn Ke Hati...
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.