Kredit gambar utama : Shutterstock
Korang selalu naik bas tak? Dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana destinasi dalam Malaysia? Memang selesa, tak terasa masa berjalan. Tetapi biasalah, ada macam-macam ragam orang naik bas ni. Korang pun tak terkecuali, kan? Antara 5 ragam ini, yang mana satu paling ‘kena’ dengan korang?
#1 Kaki Sembang
Dari awal masuk bas hingga tiba ke destinasi tak henti bercakap. Kalau dapat penumpang kerusi sebelah yang suka bersembang, seronoklah tetapi kalau dapat yang anti sosial, bertabahlah ye.
#2 Penghibur
Sepanjang jalan guna headphone dengar lagu di Spotify, bukan sekadar dengar, siap menyanyi dan goyang-goyang badan lagi.
#3 Kaki Tidur
Bas mula je bergerak, dia pun mulalah tidur sampai tiba destinasi.
#4 Kaki Makan
Lepas satu, satu makanan dikeluarkan daripada beg. Pendek kata sepanjang jalan tu mulut tak berhenti mengunyah.
#5 Kaki Gajet
Bukan je telefon pintar, tablet dan Ipad, Nintendo dan PSP pun dibawa naik ke dalam bas. Sepanjang jalan memang mata dan tangan tak lekang daripada gajet.
Korang yang selalu naik bas, ragam mana satu yang korang selalu jumpa atau yang selalu korang buat? Tidak kisahlah apa jua ragam pun, paling penting duduk dalam bas ni memang selesa. Tidak kiralah berapa jam pun perjalanan korang.
Tambahan lagi bas sekarang sebahagiannya ada pilihan kerusi seorang, memang selesa untuk korang yang berehat sepanjang perjalanan. Nak beli tiket pun tak perlu beratur di kaunter, beli je secara online di website. Nak lagi awesome, sesetengah bas turut menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma dan turut menyediakan plug untuk mengecas telefon bimbit.
Untuk korang yang sedang merancang untuk bercuti tu, bolehlah check out website atau Facebook Ekspres Mutiara hari ini!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.