Kredit: Shutterstock
Rahsianya, cucuk sana, cucuk sini. Iyalah, siapa yang tak nak cantik, berkulit putih, mulus, gebu, tegang bak gadis remaja. Cantik pada pandangan mata lalu hati yang memandang pun jatuh suka.
Dek kerana inginkan kulit yang cantik ini, ramai yang sanggup merisikokan diri mencuba pelbagai rawatan kosmetik alternatif seperti ini:
#1 Suntikan Vitamin
Antara teknik yang paling popular dan mudah didapati. Kesannya pantas dan kosnya juga tidak terlalu mahal. Tetapi bahayalah jika anda melakukannya tanpa merujuk kepada pakar berdaftar dalam bidang ini.
#2 Tanam Benang
Threadlift atau tanam benang tak kurang popular. Teknik ini dilakukan dengan menggunakan benang khas yang dipercayai boleh menegangkan kulit.
#3 Suntikan Platelet
Platelet-rich Plasma atau lebih dikenali sebagai PRP atau vampire treatment. Melalui kaedah ini, larutan darah tubuh badan sendiri akan dimasukkan ke dalam kulit untuk merawat dan memperbaiki kulit wajah yang rosak.
#4 Dermal Filler
Suntikan asid hialuronik atau silikon ke dalam tisu lembut di bahagian muka dan beberapa bahagian badan untuk kurangkan kedutan, menaikkan isipadu tisu dan menghapuskan cela. Rawatan ini perlu dilakukan setiap beberapa bulan sekali.
#5 Tarik Muka
Ada beberapa cara sama ada melalui pembedahan atau tanpa pembedahan. Menerusi kaedah tanpa oembedahan, kulit muka ditegangkan/ditarik menggunakan frekuensi radio yang mendorong pengeluaran kolagen baru. Kaedah pembedahan pula dipanggil facelift, mengambil masa lama tetapi tahan sehingga 10 tahun.
Antara banyak-banyak kaedah ini, yang mana anda sanggup lakukan untuk cantik? Tapi mengapa perlu memilih rawatan yang menyakitkan? Mengapa tidak menggunakan kaedah lain seperti penggunaan Advance Night Repair setiap malam?
Advance Night Repair mengandungi kombinasi vitamin A, C & E untuk membaiki dan melembutkan struktur kulit sehingga ke 3 lapisan kulit sebelum tidur.
Krim ini mengandungi triple vitamin A.C.E yang bertindak sebagai pelembap kulit sepanjang malam. Kandungan retinol dalam vitamin A menghilang serta mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah dengan cara meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit.
Kandungan vitamin C yang dikenali sebagai asid askorbik pula mengandungi antioksidan untuk melindungi kulit wajah, membantu melawan radikal bebas serta mengurangkan inflamasi dan iritasi pada kulit wajah. Kandungan vitamin E pula membantu menyembuhkan kulit yang rosak.
Dengan Advance Night Repair, anda boleh manjakan kulit ketika lena diulit mimpi. Nak tau lebih lanjut? Klik je di sini. Karisma Cosmetic, pastiiiii chantikk sangatttt.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.