Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

5 Sebab Anda Perlu Bertukar Kepada Beras Perang

Banyak kebaikan dalam setiap secupak.
Editor
22 Jun 2018, 09:00 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Ramai orang yang ingin kurus dan sihat, tetapi mulut tu tak berhenti mengunyah. Semua makanan nampak sedap, tu belum masuk bab ‘mengidam’ nak makan itu ini walaupun tidak mengandung. Sehari tak makan nasi, hidup tak tentu arah. Apa yang dilakukan tak menjadi, iyalah nasi kan dah sebati dalam diri. Jadi, jangan ditanya kenapa masih tak kurus walaupun dah bersenam setiap hari.

Tetapi kini anda tak perlu risau lagi, anda boleh nikmati nasi yang lebih sihat dengan bertukar kepada beras perang yang mempunyai pelbagai kebaikan.  

#1 Baik Untuk Jantung

5 sebab anda perlu bertukar kepada beras perang

Kredit: Pexels

Beras perang tinggi kandungan magnesium yang bukan sahaja baik untuk tulang, tetapi membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan mengandungi phytonutrient yang membantu melindungi anda daripada pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

#2 Bantu Tubuh Hasilkan Tenaga

5 sebab anda perlu bertukar kepada beras perang

Kredit: Pexels

Hanya 1 cawan beras perang memadai untuk membekalkan tubuh dengan 80% keperluan mangan harian. Mangan dan vitamin B yang terkandung di dalam beras perang membantu tubuh menukarkan protein dan karbohidrat kepada tenaga.

#3 Kurangkan Risiko Kanser

5 sebab anda perlu bertukar kepada beras perang

Kredit: Pexels

Beras perang juga membekalkan kira-kira 35% keperluan harian selenium yang berperanan mengurangkan risiko kanser kolon dan kanser prostat. Selenium juga bantu membaiki sel yang rosak dan mengelakkan penyebaran sel kanser. 

#4 Menyihatkan Usus  

5 sebab anda perlu bertukar kepada beras perang

Kredit: Pexels

Berbeza dengan beras putih, beras perang mempunyai bran dan sekam yang merupakan sumber terbaik serat. Makanan yang mengandungi serat dapat mengelakkan sembelit dan menyihatkan usus. Serat juga penting untuk mereka yang ingin menguruskan badan, makan sikit sudah rasa kenyang.

#5 Elok Untuk Penghidap Diabetik

5 sebab anda perlu bertukar kepada beras perang

Kredit: Pexels

Beras perang sesuai dimakan pesakit diabetik kerana beras ini membebaskan karbohidrat perlahan-lahan, dan elok untuk menstabilkan paras gula. Beras perang juga mampu mengurangkan glukosa darah 24 jam, and response insulin puasa. Menurut kajian, dengan hanya menggantikan 50g nasi putih ke 50g nasi perang setiap hari, ia membantu mengurangkan risiko Diabetes Type 2 sehingga 16%.  

#6 Mengandungi Antioksidan

5 sebab anda perlu bertukar kepada beras perang

Kredit: Daily Mirror

Beras perang mempunyai kandungan antioksidan yang sama dengan buah-buahan seperti bluberi. Antioksidan adalah agen anti inflamasi yang boleh membantu dalam pelbagai masalah kesihatan seperti arthritis dan asma.

Selain daripada menikmati beras perang dengan lauk pauk kegemaran, anda boleh mendapatkan khasiat beras perang dengan menikmati Minuman Bijirin Beras Perang ecoBrown‘s.

5 sebab anda perlu bertukar kepada beras perang

Minuman bijirin ini kaya dengan vitamin B1, B3 dan B6, memberikan rasa asli beras perang, hitam dan merah yang lazat, dan mudah untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}