Hubungan mana yang tak dilanda badai, lagi-lagi bila dah serumah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan? Penting sebenarnya untuk pasangan suami isteri mencari dan kekalkan kebahagian dan keharmonian.
Bukan apa, taku kalau-kalau rumah tangga akan ‘bergoyang’ dan retak.
Ini lima tanda yang menunjukkan rumah tangga kamu sudah tidak bahagia. Semak cepat!
#1 Saling Menyalahkan Si Dia
Bila adanya masalah atau salah faham dalam perhubungan, perasan tak kamu atau pasangan akan menyalahkan satu sama lain? Kalau ada, baik hentikannya segera dan cari jalan penyelesaian.
Ini kerana bila saling menyalahkan satu sama lain, kamu dan pasangan tidak akan dapat menerima kekurangan masing-masing dan mula untuk memutuskan hubungan.
#2 Rumah Rasa Sunyi Walaupun Ada Orang
Pernah tak duduk dengan pasangan tetapi rasa rumah sunyi sangat seperti tiada orang? Kalau kamu nak tahu situasi itu terjadi bila kamu dan pasangan bosan atau tidak lagi tertarik antara satu sama lain.
#3 Tak Berhenti Bertengkar Dengan Pasangan
Kalau kamu dan pasangan sering bertengkar, ia adalah tanda sebenarnya rumah tangga tidak bahagia.
Info untuk kamu, pertengkaran yang sering berlaku boleh terjadi disebabkan perbezaan pandangan atau salah faham dalam komunikasi. Jadi bila tidak berhenti bertengkar, tidakkah rasa cinta itu makin pudar?
#4 Hilang Kepercayaan Antara Satu Sama Lain
Asas dalam rumah tangga adalah kepercayaan. Bila hilangnya kepercayaan antara satu sama lain, kamu akan mula menjadi curiga secara berlebihan terhadap pasangan.
Curiga tidak salah, tetapi kalau kerap curiga dan tidak percaya ia boleh merosakkan rumah tangga. Jadi bersikap jujur dan berbincang dengan pasangan okay?
#5 Salah Seorang Daripada Kamu Menyukai Orang Lain
Sekiranya kamu atau pasangan mula menyukai orang lain, ia bermakna keperluan fizikal dan emosi tidak ‘terisi’ dengan kehadiran pasangan kamu.
Perhatikan dalam rumah tangga kamu, ada tak tanda-tanda berikut?
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.