Kredit gambar utama: Pixabay
Ada orang menjadikan memasak sebagai sumber terapi diri. Berada di dapur sahaja sudah membuatkan dia bersemangat untuk memulakan harinya. Ada pula yang mengibaratkan dapur sebagai syurga dunia. Kalau tak, takkan lah ada orang mampu habiskan masa berjam-jam semata-mata untuk memasak kan?
Tapi itu semua bergantung bagaimana keadaan dapur itu sendiri. Kalau tengok dari jauh pun dah boleh nampak kotor, siapa yang sanggup ada kat dapur lama-lama? Tambah-tambah ada pulak bau kurang enak yang boleh dihidu. Ini penyebab makan nasi bungkus hari-hari. Nak ke dapur sendiri pun dah tak sanggup. Pernahkah anda cuba beberapa cara untuk memastikan dapur sentiasa bersih?
#1 Belacan Musuh Utama
Sebut pasal belacan pun dah tersumbat hidung kan? Kalau dah masak bukan je kat dapur, satu rumah pun boleh bau belacan ni. Antara tip mudah untuk hilangkan bau belacan ni adalah dengan menggunakan arang. Walaupun cara ni agak lambat tapi arang ni boleh jugak dijadikan hiasan. Letak je dalam pasu bunga untuk hiaskan dapur atau sudut-sudut tertentu dalam rumah. Kan dah dapat berjimat.
#2 Minyak Ohh Minyak
Kredit: Clem Onojeghuo/Pexels
Kesan minyak adalah satu perkara yang tak dapat dielakkan semasa memasak. Bukan je pada peralatan memasak, kesan minyak ni boleh melarat hingga ke lantai dan dinding dapur. Mesti tension kan? Jangan bimbang. Untuk menghilangkan kesan minyak ni, anda boleh cuba menggunakan ⅔ cawan air dan ⅓ cawan cuka. Campurkan kedua-dua bahan ni, kemudian boleh terus mop lantai dapur atau sembur pada dinding sebelum lap menggunakan kain. Senang kan?
#3 Kuasa Lemon
Walaupun kebiasaannya lemon dijadikan sebagai bahan masakan, lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci yang mudah. Anda cuma perlu hiriskan lemon, campur bersama air dan kemudian gosok pada bahagian yang kotor. Selain dapat membersihkan kotoran, aroma lemon tadi dapat menyegarkan dapur anda. Barulah bersemangat nak memasak!
#4 Rak Buku Di Dapur
Kredit: www.feedsss.com
Rak buku? Jangan salah faham. Apa yang kami maksudkan adalah anda perlu sentiasa memastikan makanan dan peralatan yang ada di dapur sentiasa kemas dan tersusun. Jika ada barang-barang yang baru dibeli, terus letakkan di raknya. Begitu juga makanan yang diletakkan di dalam peti ais. Selain sejuk mata memandang, anda juga tidak akan teraba-raba ketika ingin mencari sesuatu.
#5 Pastikan Serai Wangi Pilihan Utama
Adakah anda menghadapi masalah untuk membersihkan bahagian dapur? Atau adakah anda menghadapi masalah serangga? Jika YA, kami ada jalan penyelesaiannya.
Perkenalkan produk Serai Wangi AFY Haniff. Produk ini bukan sahaja boleh digunakan untuk membersihkan bahagian dapur yang berminyak, malah Serai Wangi AFY Haniff mampu menghalau serangga seperti lalat, semut dan lipas secara semulajadi.
Selain dapur, produk Serai Wangi AFY Haniff juga sesuai digunakan di seluruh bahagian rumah dan restoran. Selamat digunakan dan tidak beracun. Aromanya segar merangsangkan minda dan memberikan keceriaan kepada seisi rumah.
Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan produk Serai Wangi AFY Haniff di pasaraya AEON, Mydin, Giant, TESCO, Pantai Timur, Econjaya, ECONSAVE, NIRWANA, Sabasun dan seluruh pasaraya terkemuka yang berhampiran anda. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook AFY Haniff Bena & Bekal. Pastikan satu rumah ada satu Serai Wangi AFY Haniff!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.