Kredit: Freepik
Ada orang yang tiada masalah, baru sekali cuba produk penjagaan wajah terus serasi. Ada pula yang dah bertahun mencari produk yang sesuai dengan kulit, masih tak berjumpa. Setiap kali cuba produk baharu je, mulalah tinggalkan macam-macam kesan pada kulit. Sampai traumalah dibuatnya.
Anda yang alami masalah macam ni, kami kongsikan beberapa tanda yang perlu anda ambil berat setiap kali mencuba produk kecantikan baharu. Jika ada tanda-tanda ini, maksudnya produk itu sesuai dengan anda. Antara tanda-tandanya termasuklah:
#1 Jerawat semakin berkurangan
Antara sebab kita gunakan produk penjagaan wajah ni untuk bebaskan kulit daripada jerawat. Dan sudah tentu kita inginkan kulit yang flawless. Jika ada perubahan ini pada kulit wajah, anda telah membuat pilihan produk penjagaan yang tepat!
#2 Tiada rasa terbakar
Siapa yang tidak risau jika kulit rasa terbakar diikuti dengan kulit kemerahan dan rasa pedih menyakitkan. Jika produk yang anda gunakan tidak memberikan kesan seperti ini, bolehlah teruskan penggunaannya.
#3 Tiada kesan kulit kering dan menggelupas
Kulit kering dan menggelupas disebabkan kurang kelembapan pada kulit dan juga merupakan salah satu tanda produk yang digunakan kurang sesuai dengan anda.
#4 Kulit bertambah glowing
Jika sebelum ini kulit anda kusam dan kelihatan tidak bermaya, tetapi kini kulit wajah semakin cerah berseri setelah mengamalkan produk baharu. Sudah tentu ini memberi maksud yang produk itu sesuai dengan anda.
#5 Kulit rasa lebih sihat
Kulit tidak berasa tegang dan gatal-gatal. Malah, masalah kulit yang membelenggu juga hilang. Kesannya, anda rasakan kulit anda lebih sihat dan bertambah awet muda.
Siapa yang tidak suka jika usaha yang dilakukan membuahkan hasil kan? Selain masalah kulit wajah dapat diatasi, anda juga semakin yakin dengan diri sendiri.
Anda yang masih tercari-cari produk penjagaan wajah yang sesuai tu, apa kata anda cuba Putiq Skincare. Koleksi produk penjagaan wajah dan kosmetik terkini ini boleh didapati pada harga mampu milik.
Putiq Skincare diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang mengalami masalah kulit sensitif. Anda boleh gunakan rangkaian produk 4 dalam 1 Putiq Skincare yang terdiri daripada Putiq B-Soap, krim siang, krim malam dan v-cream.
Nak wajah kekal cantik, cerah, gebu? Cubalah Putiq Skincare. Jom dapatkan Putiq Skincare di semua toko jamu berhampiran. Anda juga boleh dapatkannya secara online di Facebook & IG Putiq Skincare HQ.
Like dan follow Facebook dan Instagram PUTIQ HQ untuk info lanjut. Putiq Skincare, cintaku berputiq!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.