Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Rasa Penat? Jangan Risau, Ni 5 Tips Kurangkan Kerja Rumah

Lepas ni dah boleh rehat.

rasa penat? jangan risau, ni 5 tips kurangkan kerja rumah

Kredit: Freepik

Tak kira sama ada korang bujang ataupun dah berkeluarga, kerja rumah sentiasa menunggu untuk diselesaikan. Bilik air kena dicuci. Baju-baju kotor kena cepat dibasuh. Nak minum air bersih kena masak dulu. Nak masak kena sediakan semua bahan dan perkakas yang diperlukan, lepas tu kena cuci lagi.

Memang meletihkan, terutama bagi mereka yang bekerja sepenuh masa. Tapi kalau korang pandai bahagi masa dan gunakan hack atau tips untuk mengurangkan kerja rumah, hidup korang akan menjadi lebih mudah.

Ni lima hacks yang korang boleh mula buat:

#1 Nak basuh penyapu? Sapu lantai bilik air sekali!

Ni yang orang kata sambil menyelam minum air. Kalau penyapu korang dah kotor dan berhabuk, basuh penyapu dengan menyapu lantai bilik air sekali. Yelah, sambil basahkan penyapu tu apa kata sapu terus lantai sekali? Lepas dah selesai semuanya, jemurkan penyapu tersebut sampai kering. Mudah kan?

#2 Gunakan teknik melipat baju dalam 2 saat

Bagi yang bujang dan tinggal sendiri pun rasa malas nak lipat baju yang bertimbun, ini kan pula bagi mereka yang berkeluarga dengan baju anak-anak kecil yang senantiasa kena dibasuh dan dilipat.

Jangan stress, korang boleh lipat baju-baju tu dalam masa hanya 2 saat je:

#3 Jadikan sampah-sarap sebagai kompos

Letih nak berulang-alik buang sampah? Jadikan sampah-sarap sebagai kompos! Selain memudahkan kerja korang, kompos ni sangat membantu dalam mengurangkan sampah, mengelakkan tong daripada berulat dan berbau, dan boleh dijadikan sebagai baja organik bagi mengembalikan kesuburan tanah yang lesu, sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Tapi, bukan semua sampah boleh dijadikan kompos ya. Hanya sampah makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti, bijirin, serbuk dan penapis kopi, daun teh, uncang teh (pastikan stapler dibuang terlebih dulu), herba, atau rempah-ratus je.

Kalau sampah bukan makanan, korang hanya boleh komposkan benda-benda seperti daun, rumput, atau habuk (yang dikumpul daripada vacuum atau penyapu).

#4 Gunakan dispenser air agar korang tak perlu masak air setiap masa

Orang zaman dulu-dulu serba-serbi kena buat sendiri. Basuh baju pakai tangan, nak makan ayam kena sembelih sendiri, nak makan ulam kena tanam sendiri. Orang sekarang beruntung sebab segala benda dah siap tersedia, Cuma tinggal nak guna je.

Contohnya, kalau korang gunakan penapis air, korang tak perlu lagi kena masak air setiap kali nak minum air bersih. Penapis air dengan dispenser memudahkan kehidupan harian korang.

#5 Gunakan periuk serbaguna agar korang tak perlu basuh terlalu banyak perkakas

Dah lah penat memasak, lepas tu kena basuh segala pinggan mangkuk dan periuk yang bertimbun di sinki. Kalau nak senang, gunakan periuk serbaguna agar korang tak perlu basuh terlalu banyak perkakas. Selain tu, penggunaan periuk serbaguna juga boleh menjimatkan air, masa, dan tenaga korang!

Dengan adanya perkakas yang baik di rumah, ia akan meringankan beban korang

Kalau korang mampu laburkan sedikit wang untuk beli perkakas rumah yang boleh bantu ringankan beban kerja rumah korang, memang digalakkan sangat. Bukan apa, ini untuk memberikan korang masa yang lebih untuk berehat-rehat.

Kalau korang tengah cari perkakas rumah, CUCKOO sedang ada promosi yang menarik sekarang ni.

rasa penat? jangan risau, ni 5 tips kurangkan kerja rumah

Kalau korang pengguna produk CUCKOO, korang berpeluang untuk menangi sebuah kereta Hyundai Ioniq Hybrid bernilai RM99,448 dan juga pelbagai produk CUCKOO dalam Peraduan Foto #MyLifewithCUCKOO!

Dalam peraduan yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos ni, pemenang utama bakal memenangi sebuah kereta, manakala 10 peserta peraduan yang terpilih bakal memenangi satu produk CUCKOO.

3 langkah mudah untuk sertai Peraduan Foto #MyLifewithCUCKOO

rasa penat? jangan risau, ni 5 tips kurangkan kerja rumah

Korang boleh tengok contoh-contoh gambar dan kapsyen yang ada kat IG CUCKOO.

Apa tunggu lagi? Cepat hantarkan penyertaan korang sebelum 31 Ogos ni! Untuk info lanjut, klik  website ni.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}