Rumah yang bersih, kemas dan teratur bukan sahaja menyenangkan pemilik malah tetamu yang bertandang juga berasa selesa. Tambahan lagi dengan keadaan sekarang dimana ramai di antara kita lebih banyak meluangkan waktu di rumah gara-gara pandemik COVID-19 yang melanda negara. Bekerja pun dari rumah jadi sudah tentulah kita memerlukan ruangan yang tenang, wangi dan mendamaikan.
Berikut merupakan cara untuk menyediakan pengharum ruang yang cukup mudah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.
1. Hirisan buah oren, kulit buah oren, buah cranberry, kulit kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang dan air, letakkan kesemua bahan-bahan ke dalam air mencukupi. Didihkan di atas api yang sederhana dan dalam beberapa minit, rumah atau ruang itu akan dipenuhi dengan aroma hangat, bersih dan menyegarkan.
2. Anda boleh juga mencuba menggunakan daun pandan. Selain dimasukkan dalam masakan untuk aroma wangi, pandan juga boleh dijadikan wangian semula jadi dalam rumah. Ibarat seperti bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.
3. Selain itu, kelopak bunga mawar diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai. Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi.
4. Selain menghasilkan aroma yang menyegarkan, serai wangi juga berupaya menghalau nyamuk dan serangga.
5. Campurkan 1/4 cawan Downy Unstopbles dengan 4 sudu baking soda dan satu cawan air panas. Biarkan kesemuanya larut bersama lebih kurang 30 minit. Larutan dituang ke dalam botol dan anda dah boleh sembur sekitar rumah.
6. Hanya sediakan lidi buluh, balang dan minyak pati kegemaran anda. Isikan balang dengan minyak pati pilihan dan kemudian isi selebihnya dengan minyak bayi. Ia akan menyerap ke dalam lidi buluh dan meninggalkan bilik anda bau yang cukup nyaman.
Selamat Mencuba!
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.