Artikel ini ditaja oleh U Mobile Malaysia
Kredit: benzoix/Freepik.com; Edit: GEGAR
Setiap hari, sedar atau tidak, banyak masa yang kita habiskan dengan membuat pilihan. Tak kiralah anda perlu buat pilihan apa sekalipun, baik atau buruk pilihan itu semuanya subjektif dan bergantung kepada situasi masing-masing. Yang pastinya setiap pilihan yang dibuat akan ada kesan dan akibatnya yang tersendiri.
Jadi, antara ketujuh-tujuh pilihan ini, mana satu agaknya yang akan anda pilih?
7 pilihan untuk dibuat: A atau B?
Jom lihat beberapa situasi di mana anda perlu membuat pilihan:
#1 Lokasi kerja: jarak jauh tapi gaji tinggi, atau dekat rumah tapi gaji biasa-biasa?
Kalau jarak jauh, anda perlu berbelanja lebih untuk pengangkutan, manakala jarak dekat pula boleh jimat kos dan masa perjalanan. Untuk buat pilihan ini, kira jumlah bil dan hutang bulanan yang anda harus bayar. Setelah itu bandingkan sama ada berbaloi atau tidak nak terima kerja di lokasi yang jauh atau dekat.
#2 Beli kereta: nak beli ikut kemampuan harga atau fungsi-fungsi yang ada?
Sesetengah orang terutama yang pakar dan meminati hal-hal kereta tentunya akan mengutamakan fungsi-fungsi kereta yang ada sebelum mengambil kira harga kereta tersebut; manakala terdapat sebilangan orang pula akan mengutamakan bajet/kemampuan dalam membayar balik pinjaman kereta. Yang ini mudah saja, anda hendaklah ukur baju di badan sendiri.
#3 Makan sedap: makanan segera yang tinggi kalori atau makanan sihat yang kurang disukai?
Dalam hal pemakanan, semestinya anda digalakkan untuk memilih makanan sihat, terutamanya jika anda dah berkeluarga. Tabiat pemakanan anda akan ditiru oleh anak-anak, jadi lebih mudah untuk galakkan mereka makan sayuran dan buahan sejak kecil. Jadi, mana satu pilihan anda? Makanan sihat yang kurang digemari anak-anak, atau makanan segera yang tentunya sedap tetapi tinggi kalori?
#4 Terdengar orang mengumpat tentang jiran: nak beritahu atau tak nak masuk campur?
Dalam hal-hal berkaitan kejiranan, sebaiknya kita jaga hal sendiri dan elak daripada menjaga tepi kain orang. Tak pasal-pasal dapat dosa bila kita jadi batu api atau tukang lapor. Tetapi dalam sesetengah keadaan, kenalah ambil tahu dan dapatkan kebenaran. Risau pula kalau kita terpengaruh dengan cerita sebelah pihak. Kesian jiran kita tu jadi mangsa. Anda pilih yang mana?
#5 Ahli keluarga minta tolong jadi penjamin untuk pinjaman: nak tolong atau tak?
Bercakap tentang hal duit dan keluarga, ia sememangnya sangat mencabar kerana jika salah percaturan, ia akan menggugat hubungan silaturahim. Jika anda mempunyai pekerjaan yang stabil dan ada kemampuan, anda boleh jadi penjamin dengan syarat ahli keluarga tersebut ialah seseorang yang benar-benar bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Jika tidak, berterus terang dan maklumkan tentang kekangan kewangan yang ada.
#6 Upgrade fon: beli fon terpakai dan bayar penuh atau beli baru terus tetapi bayar ansuran?
Fon pintar terpakai tentunya lebih murah tetapi anda hanya boleh bayar penuh. Kalau fon pintar baharu pula anda boleh bayar secara ansuran, namun harganya mahal. Dalam hal ini, trend membeli fon tercanggih mungkin tak begitu penting; belilah fon pintar ikut kemampuan diri. Yang penting fon tersebut boleh digunakan untuk kerja/berhubung dengan orang.
#7 Pakej data: pakej tanpa had biasa atau pakej tanpa had + 30 jam Speed Booster PERCUMA?
Dewasa ini pakej data tanpa had mudah didapati pada harga yang berpatutan. Tapi tahukah anda, tak semua pakej data tanpa had didatangkan dengan Speed Booster 30 jam PERCUMA?! Wah, untung betul siapa yang guna!
Kredit: U Mobile Malaysia
Jadi kami cadangkan kepada anda untuk mengambil Pakej U Mobile Unlimited U25 dengan harga promosi serendah RM20/bulan sahaja! Antara kelebihan yang terbaik ialah:
- PERCUMA 30 jam sebulan bagi booster Internet berkelajuan tinggi – Dengan hanya menggunakan fon selama 1 jam sehari selama 30 hari, anda boleh unlock Internet berkelajuan tinggi di mana pengguna pelan U Mobile ni boleh tebus melalui aplikasi MyUMobile.
- Data dan panggilan tanpa had – Tak perlu risau tentang had/kuota data lagi! Guna saja sebanyak mana yang anda perlukan!
- Best Value – Pelan U25 ini ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM20/bulan, yang merupakan salah satu pelan prabayar paling murah dengan data tanpa had!
- Sedia untuk 5G – Jika anda sudahpun memiliki peranti berkemampuan 5G, pelan U25 ini telah bersedia untuk mengendalikan rangkaian 5G!
Kredit: U Mobile Malaysia
Tunggu apa lagi? Segera dapatkan Sim Pek/Pelan Prabayar U25 pada harga hanya RM20 sahaja sekarang di pautan ini: https://bit.ly/3hUubHo.
Untuk info lanjut tentang Pelan Prabayar U Mobile Unlimited U25 ni, layari laman web U Mobile.