Kredit gambar utama: Shutterstock
Siapa yang tak frust bila baju yang ditempah serba tak kena? Baju besar, kain labuh, tangan kecil dan pendek. Tu belum masuk bab baju raya yang dah ditempah awal tapi tak siap. Nak elak kejadian macam ni terjadi pada anda? Kami kongsikan 7 tip ini.
#1 Kenali bentuk tubuh anda
Tak semua fesyen sesuai dengan semua bentuk tubuh. Begitu juga dengan corak pakaian yang adakalanya tidak sesuai dengan kita. Usah terikut-ikut fesyen terkini selagi anda belum benar-benar yakin fesyen itu menonjolkan diri anda, jangan jadi mangsa fesyen.
#2 Bawa baju contoh
Kalau anda kurang yakin dengan cara tukang jahit ambil ukuran, boleh berikan baju contoh yang paling cantik dan kena dengan anda. Dengan cara ni, risiko untuk tersalah potong atau ukur rendah.
#3 Jangan tahan nafas atau tonjet kaki semasa sedang diukur
Tak dapat terima kenyataan perut semakin ke depan atau ketinggian tak mencukupi? Rilekslah. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jika anda tahan nafas atau tonjetkan kaki, ukuran yang diambil akan ralat. Mulalah timbul baju labuh atau pinggang ketat.
#4 Jangan tukar tukang jahit di saat akhir
Sudah biasa dengan tukang jahit A tetapi bila rakan anda kata tukang jahit B lebih elok, mulalah anda teringin nak cuba hasil tangan tukang jahit B. Tak salah nak cuba tetapi janganlah korbankan baju raya pada tukang jahit yang anda tidak tahu hasil dan kualiti kerjanya. Nak cuba boleh, tapi bukan untuk baju raya.
#5 Kain tak mencukupi
Beli kain cukup-cukup je 4m tanpa mengambil kira bidang kain. Rancangnya pula hendak dibuat baju berkepok-kepok. Ada kain yang diterima tak sepadan dengan ukuran pemakai, jika hendak dipotong sebarangan bimbang jejas corak kain. Sebaiknya jika badan besar, belilah kain ela bidang 45, 4m setengah dan kalau bidang 60, beli kain ukuran 4m. Kanak-kanak 5 tahun kebawah beli kain 2m dan jika kanak-kanak usia 6 ke 12 tahun beli kain lebih kurang 3m ke 3.5m.
#6 Hantar awal
Ha, yang ni paling penting. 3 bulan sebelum Ramadan tu adalah waktu paling sesuai terutamanya jika anda ingin menempah baju fesyen terkini. Barulah tukang jahit ada masa untuk alter jika ada yang tidak kena.
#7 Bukan Yoyo
Kalau anda sedang dalam proses menurunkan berat badan untuk langsing di hari raya, sebaiknya anda tidak menempah pakaian terlalu awal. Iyalah, masa tempah ukuran lain, bila dah siap ukuran sudah bertukar. Sudahnya tukang jahit yang menjadi mangsa hamun.
Raya dah dekat, jika anda masih belum bertemu kain pilihan hati, bolehlah serbu Karnival Jualan Mega Sales Nagoya. Pelbagai jenis kain berkualiti, berbagai corak dijual pada harga serendah RM2.90 semeter. Murah tu!
Yang nak cari baju siap pun ada. Selain langsir, Nagoya turut menawarkan baju Melayu siap.
Apa tunggu lagi? Segeralah ke Nagoya mulai 15 Mei ni dan dapatkan tambahan diskaun 10% untuk produk Nagoya. Layari website dan Facebook Nagoya untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.