Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan melantik Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca dua helikopter terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada 9:32 pagi, Selasa
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohamad Abu Rahman berkata lembaga tersebut dipertanggungjawab untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.
“Kita akan tubuh Lembaga Penyiasatan dan penubuhan (Lembaga Penyiasatan) ini adalah perkara normal dalam sebarang insiden,” katanya pada Selasa di Majlis Pelancaran Kelab Menembak and Combat Adventure Fields
Muhammad turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa yang meninggal dunia.
Terdahulu, Cawangan Komunikasi Strategik Markas TLDM Kuala Lumpur di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM)-AW139 dan helikopter Fennec.
“Seramai 10 orang terlibat dalam kejadian ini termasuk 7 anak kapal HOM TLDM dan 3 kru Fennec TLDM”
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke TLDM Lumut untuk pengecaman dibawa ke hospital pangkalan tentera," katanya pada Selasa.
Dalam nahas pagi ini, dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di pangkalan TLDM Lumut sedang menjalankan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun ke-90 TLDM, yang akan diadakan dari 3 hingga 5 Mei.
Hasil laporan, kedua-dua helikopter itu dilaporkan berlepas dari Padang Sitiawan pada 9:03 pagi.
Bagaimanapun, terdapat pelanggaran udara sebelum kedua-duanya terhempas di tangga Stadium Pangkalan TLDM dan berhampiran kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.