Kredit: Shutterstock
Nama pun wanita, sudah tentu ada 1001 tugasan rumahtangga yang perlu dilakukan. Bila badan lesu, letih dan tak bermaya, sudah tentu banyak perkara tertangguh. Betul tak?
Sebab itulah sejak zaman nenek moyang kita lagi, banyak petua dan amalan penjagaan diri khusus untuk wanita yang menjadi amalan yang kemudiannya diperturunkan dari generasi ke generasi.
Selain penjagaan luaran, nenek moyang zaman dahulu amat mementingkan penjagaan dalaman. Tidak kiralah anda sudah berkahwin, sedang berpantang atau masih bujang, amalan ini perlu dilakukan secara konsisten untuk kesegaran tubuh badan.
#1 Bertungku
Kredit: Shutterstock
Sinonim dengan wanita yang sedang berpantang. Kebiasaannya menggunakan batu sungai yang dipanaskan dan dibalut dengan daun-daun seperti daun ubi dan kain tebal. Tujuannya untuk melancarkan peredaran darah dan membuang angin dalam badan. Badan akan terasa ringan dan bertenaga, lenguh-lenguh badan pun hilang.
#2 Bertangas
Kredit: Shutterstock
Amalan ini bantu atasi masalah keletihan, berat badan berlebihan, mengecutkan urat badan dan membuang angin dalam badan. Memang banyak peluh yang keluar setiap kali lepas bertangas ni. Badan pun rasa ringan je.
#3 Urutan
Kredit: Shutterstock
Bila badan letih dan lenguh, dapat pula orang urut mesti rasa lega kan? Dengan mengurut ni, bukan je boleh lancarkan peredaran darah tapi dapat merehatkan otot.
#4 Air Akar Kayu
Kredit: Shutterstock
Salah satu petua nenek moyang adalah amalan minum air akar kayu yang direbus. Pahit tetapi dipercayai minuman ini mampu memberi tenaga dan baik untuk kesihatan dalaman wanita.
#5 Jamu
Kredit: Shutterstock
Antara petua yang menjadi amalan wanita sehingga kini. Jamu kebiasaannya diperbuat daripada campuran halia, lada hitam, manjakani, kacip fatimah, serapat, serai dan temulawak. Kesemua bahan ini dipercayai mampu membuang angin dalam badan, memberi tenaga dan melancarkan peredaran darah selain baik untuk dalaman wanita.
Bila badan ringan dan segar, barulah bertenaga nak lakukan rutin harian, kan? Tetapi, berapa ramai wanita yang masih gigih mengamalkan petua nenek moyang ni? Bukankah lebih mudah jika anda dapatkan Jus Queen Gold – Rahsia Idaman Wanita, untuk bekalkan tenaga pada tubuh! Boleh lancarkan peredaran darah, stabilkan hormon dan awet muda
Jus Queen Gold diperbuat daripada ramuan herba semulajadi seperti ashwaganda, mahkota dewa, daun rerama, kunyit hitam, manjakani, kacip fatimah, habbatus sauda, halia, kurma, anggur, epal hijau dan mas cotek yang baik untuk kesihatan dalaman wanita.
Anda yang inginkan tubuh bertenaga dan awet muda, jomlah dapatkan Jus Queen Gold – Rahsia Idaman Wanita sekarang! Layari Facebook Queen Gold HQ – Rahsia Idaman Wanita untuk info lanjut dan untuk dapatkan produk ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.