Suntikan vaksin COVID-19 boleh melindungi diri seseorang dan orang sekelilingnya serta ia boleh menurunkan risiko pesakit COVID-19 ke tahap kategori serius iaitu kategori empat dan lima.
Kerajaan secara berperingkat telah mengumumkan kemudahan-kemudahan untuk individu yang telah lengkap divaksinasi.
Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan vaksin lengkap?
Menurut perkongsian Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, vaksin lengkap merangkumi dua jenis suntikan vaksin sama ada satu dos lengkap atau dua dos lengkap.
Berikut adalah perinciannya;
#1 - Vaksin COVID-19 Dua (2) Suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac)
Individu yang mendapat vaksin ini perlu melepasi 14 hari selepas diberikan suntikan dos kedua dan selepas hari ke-14, individu tersebut telah mendapat vaksin lengkap.
#2 - Vaksin COVID-19 Satu (1) Suntikan (CanSino dan Johnson & Johnson)
Individu yang mendapat vaksin ini pula perlu melepasi 28 hari selepas menerima suntikan dan selepas hari ke-28, individu tersebut telah mendapat vaksin lengkap.
Pastikan anda memahami maksud vaksin lengkap dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan walaupun sudah lengkap divaksinasi.
Sumber: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.