Tahu tak baju turtleneck mampu membuatkan kita kelihatan lebih ramping kerana detail di leher membuat bayang anda secara keseluruhan nampak lebih tinggi. Wah!
Ni ada 5 gaya turtleneck yang boleh ditiru!
- Turtleneck hitam
Mulakan dengan yang paling basic iaitu dengan turtleneck warna hitam. Sangat mudah untuk digayakan dan penampilan yang boring akan bertukar menjadi sophisticated dan kelihatan lebih anggun.
- Trumpet sleeves
Sekali sekala pakai turtleneck yang ada trumpet sleeves. Mesti akan kelihatan lebih cantik, anggun dan cool.
- Oversized turtleneck
Baju yang oversized nib oleh digayakan dengan pelbagai cara. Terutama sekali kalau jenis yang turtleneck yang retro boleh nampak gaya ala-ala 70-an.
- Dipadankan dengan skirt
Turtleneck juga sangat sesuai dipadankan dengan skirt. Untuk kelihatan seperti stylista gitu. Wanita yang berhijab pun boleh gayakan diri dengan memakai oversized turtleneck dan skirt panjang.
- Dipadankan dengan jaket
Untuk kelihatan lebih bergaya dan menawan, sekali sekala kita kena main mix & match dengan pakaian kita.
Padankan turtleneck dengan jaket sama ada leather jacket ataupun denim jacket.
Haaa boleh la cuba lepas ni. Penampilan korang akan lebih cantik dan stylo. Jangan lupa ambil gambar dan post di Instagram!
Sumber: Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.