Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Berpuasa Dua Kali Dalam Setahun Pada 2030

Betul ke umat Islam akan berpuasa dua kali pada 2030?
Sofea Shahrol
26 Jun 2023, 02:12 AM

RIYADH: Berdasarkan kalendar Gregorian, kata seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq, pada 2030, umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak dua kali.

Bulan Ramadan pertama akan disambut sekitar 5 Januari iaitu pada 1451 Hijrah manakala sambutan bulan puasa kedua bagi tahun 1452 Hijrah pula dijangka jatuh pada 26 Disember 2030.

Menurut laporan laman web Al Arabiya, keadaan ini berlaku disebabkan oleh fakta bahawa kalendar Hijrah Islam adalah berdasarkan kepada kitaran bulan sementara kalendar Gregorian pula menandakan laluan bumi yang mengelilingi matahari.

Berikutan perbezaan antara dua kalendar tersebut bermakna Ramadan akan jatuh dua kali berdasarkan kepada kalendar tahun Gregorian. Kalendar Gregorian mula digunakan pada tahun 1500-an.

Perubahan ini, kata Khaled, akan berlaku setiap 30 tahun dengan kali terakhir adalah pada 1997 manakala sebelum itu, puasa dua kali disambut pada 1965.

Tidak seperti kalendar Gregorian yang mempunyai 365 hari setahun, calendar Hijrah hanya memiliki 354 atau 355 hari

Ini juga membawa maksud Ramadan jatuh pada musim yang berbeza pada setiap tahun dan mengambil masa selama 32 tahun bagi melengkapan pusingan tersebut.

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}