Kredit gambar utama: Travel Badger
Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Malaysia yang terletak di Sabah tersenarai sebagai World's 50 Most Incredible Hikes dalam buku panduan terbaharu Lonely Planet.
Buku yang menghimpunkan 200 penulis Lonely Planet itu menyenaraikan lokasi dengan trail pendakian terbaik di 30 buah negara. Dan Gunung Kinabalu tersenarai sebagai salah sebuah gunung dengan laluan paling mencabar di dunia!
Gunung setinggi 4,095m atau 13,435 kaki di atas paras laut merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia yang habitat kira-kira 5,000 ke 6,000 spesies tumbuhan, 326 spesies burung dan lebih 100 spesies mamalia.
Antara lokasi lain yang turut tersenarai termasuklah 88 Sacred Temples of Shikoku Pilgrimage di Jepun, Gunung Kilimanjaro di Tanzania, Camino de Santiago di Sepanyol, Markha Valley di India dan Tembok Besar China.
Kredit: The Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.