Penyakit Polio yang sepatutnya sudah pupus di negara kita, kini kembali selepas 19 tahun bebas polio. Jadi, ini kisah inspirasi tentang seorang selebriti terkenal industri hiburan Hollywood iaitu Elvis Presley yang giat promosikan vaksin Polio sehingga penyakit polio jatuh sehingga 90 peratus di Amerika Syarikat.
Elvis Presley merakam diri beliau menerima suntikan vaksin Polio pada tahun 1958. Oleh kerana itu, ramai individu terutamanya remaja yang bertindak sedemikian dengan mengikut jejak selebriti tersebut dan mendapatkan duntikan imunisasi.
Sebuah yayasan bernama National Foundation of Infantile Paralysis bertindak dengan merangka sebuah rencana untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan untuk mendapat suntikan vaksin. Yayasan tersebut meminta pertolongan Elvis Presley untuk menerima suntikan vaksin polio itu di hadapan kamera. Dengan popularity yang dimiliki Elvis, yayaysan tersebut memiliki harapan yang tinggi bahawa terceetusnya peningkatan penerimaan suntikan vaksin polio terutamanya daripada golongan remaja.
Setiap akhbar di Amerika Syarikat mencetak gamabr Elvis Presley menerima suntikan vaksin dan video rakaman beliau pula disiarkan secara meluas di rancangan televisyen nasional negara tersebut.
Pengaruh Elvis pada waktu itu yang mendorongkan golongan remaja di Amerika Syarikat untuk menerima suntikan vaksinasi polio dan meningkatkan kesedaran dalam masyarakat. Pertolongan Elvis itu terbukti dengan statistik iaitu:
- Dalam jangka masa 6 bulan sahaja, kadar peningkatan imunisasi polio di Amerika Syarikat daripada 0.6 peratus meningkat hingga 80 peratus.
- Kes polio juga menurun sehingga 90 peratus menjelang tahun 60-an.
Pengajaran daripada kisah inspirasi tokoh ternama ini mungkin dapat meningkatkan kesedaran antara “influencer” ataupun public figure di Malaysia supaya mereka menggunakan platform yang ada untuk mempromosikan kebaikan.
Sumber: The Patriots
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.