Artikel ini ditaja oleh AY Legacy Sdn Bhd
Kredit: tirachardz/Freepik.com; Edit: ERA
Tak seperti yang disangka ramai, menjadi suri rumah sepenuh masa sebenarnya merupakan salah satu ‘pekerjaan’ yang paling mencabar. Ia memerlukan kebolehan-kebolehan seperti pengurusan masa, multi-tasking, perhatian sepenuhnya terhadap anak-anak (terutamanya yang kecil), dan pelbagai lagi tugasan yang tak kunjung reda.
Sepanjang masa ada sahaja tugas baru yang perlu dibuat. Malah golongan suri rumah sering dipandang remeh dan lebih teruk lagi ‘pemalas’ hanya kerana mereka duduk di rumah pada kebanyakan masa. Sayang sekali, jasa dan pengorbanan besar mereka tidak diiktiraf.
Berapa agaknya ‘nilai pasaran’ suri rumah jika ianya merupakan suatu pekerjaan formal?
Kehidupan suri rumah merangkumi tuntutan dan tugasan yang tidak berkesudahan. Bergantung pada saiz rumah, keluarga, bilangan haiwan peliharaan dan bermacam lagi faktor, suri rumah sepenuh masa rata-ratanya bekerja sehingga 98 jam seminggu, dan jarang sekali mendapatkan rehat yang mencukupi!
Menurut data 2019 Salary.com, jika anda seorang suri rumah dan dibayar untuk perkhidmatan anda, anda sepatutnya menerima gaji tahunan median sebanyak $178,201 (kira-kira RM748,266) kerana tugasan-tugasan rumah yang tak akan pernah berhenti!
Dari memasak, mengemas rumah, menjaga anak-anak, menggosok baju, sehinggalah kepada membuat jadual untuk membeli barangan keperluan rumah; keupayaan untuk mengimbangi tanggungjawab dan pelbagai tugas adalah kemahiran utama yang perlu dimiliki semua suri rumah.
Jadi jika anda seorang suri rumah sepenuh masa, anda ada hak untuk berbangga kerana tugas anda sememangnya berat dan mencabar. Tak semua orang mampu menjalankan tugas sebagai suri rumah sepenuh masa.
Bukan itu saja, suri rumah adalah antara golongan terhebat dalam menjalankan perniagaan sendiri di rumah. Atas sebab inilah, kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif yang menyasarkan dan bertujuan memperkasakan golongan ini.
Inisiatif-inisiatif kerajaan yang anda boleh sertai
Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM bertujuan menggalakkan kaum wanita menjana pendapatan melalui tawaran pekerjaan dan keusahawanan bagi tempoh tertentu di bawah “Aspirasi Keluarga Malaysia” yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Melalui inisiatif ini, anda berpeluang bertemu dengan majikan-majikan yang sedia menawarkan pekerjaan dan membuka peluang bagi wanita dalam kalangan suri rumah, ibu tunggal, B40 dan M40 untuk menyara diri dan keluarga.
BERNAMA turut melaporkan bahawa caruman Sukarela Insentif Suri atau i-Suri telah disepadukan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan dijenamakan semula sebagai 'Kasih Suri Keluarga Malaysia', yang membolehkan golongan suri rumah dan balu yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih mendapat akses kepada keselamatan sosial untuk perlindungan sekiranya perkara tak dijangka terjadi di masa hadapan.
Jangan takut untuk mengambil peluang-peluang khusus buat golongan suri rumah yang ada. Terdapat banyak peluang untuk menjana pendapatan untuk golongan suri rumah sebenarnya jika anda mahu dan rajin mencari, dan salah satu contohnya ialah peluang menjadi ejen produk kecantikan dengan menjual semula jenama kosmetik melalui peluang perniagaan yang ditawarkan AY Legacy Sdn Bhd.
AY Legacy Menggalakkan Kaum Wanita Menjadi Usahawan Berjaya
Diasaskan oleh Puan Aniey Yusof, AY Legacy ialah sebuah perniagaan yang menawarkan produk makanan kesihatan tambahan. Diformulasikan di Eropah dengan gabungan Nano Teknologi, produk AY Legacy juga dah disahkan halal.
Dengan taglinenya “Inspirasi Wanita”, beliau ingin memberi peluang buat kaum wanita untuk turut berjaya dalam bidang perniagaan sepertinya!
Rebut peluang bersama AY Legacy untuk menjana pendapatan dengan menjadi ejen atau usahawan sah mereka dengan hanya memiliki dua buah kotak " Women Inspire" dengan harga RM142 seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Anda boleh dapatkannya melalui laman Facebook Ay Legacy.
Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui laman Facebook Ay Legacy atau hubungi Admin AY Legacy di talian 019-2902313. Jangan lupa “LIKE” dan “FOLLOW” Instagram Ay Legacy juga!
Dengan berjayanya anda sebagai agent atau usahawan sah AY Legacy, bolehlah anda menjadi seorang “Inspirasi Wanita” kepada wanita yang lain pula! Dengan itu semakin ramai wanita yang turut berjaya.
Jom jana pendapatan sampingan di rumah sekarang!