Kredit: Nathan Dumlao/Unsplash
Siapa yang ingin gagal? Lebih-lebih lagi setelah berusaha sehabis kudrat dan kemampuan... Tetapi perancangan manusia ada limitasi, ada ketikanya tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Dan, hanya mereka yang pernah mengalami kegagalan sahaja tahu peritnya perasaan itu.
Ada yang berusaha mempertahankan perkahwinan, tetapi terputus di pertengahan jalan. Ada yang ingin bergelar usahawan berjaya, tetapi belum kesampaian dan tak kurang juga yang ingin menggenggam segulung ijazah tetapi terpaksa berhenti separuh jalan akibat kekangan. Itu hanya sedikit cerita kegagalan...
Untuk anda yang sedang berada di fasa kejatuhan mahupun kegagalan, usah bermuram durja. Ini kami kongsikan tip untuk anda terutamanya para wanita untuk bangkit daripada kegagalan lalu:
#1 Dengarkan kisah kejayaan orang lain
Dengar kisah kejayaan orang lain dengan berlapang dada. Kisah kejayaan ini boleh menaikkan semangat serta motivasi yang jatuh merudum jika diambil daripada sudut positif. Kebanyakan mereka yang berjaya hari ini, pernah jatuh tersungkur. Tetapi mereka bangkit dan mara ke depan. Siapa tahu anda pun akan jadi seperti mereka nanti.
#2 Tambah ilmu
Apa jua yang ingin kita lakukan mesti ada ilmu. Gali seberapa banyak ilmu yang boleh, bertanya pada yang ahli dan hadiri bengkel serta seminar. Mungkin kita rasa tindakan kita sebelum ini betul, rupa-rupanya ada banyak kaedah lain yang lebih efisyen boleh digunakan.
#3 Kelompok positif
Berada di kelompok mereka yang positif boleh memberi aura positif. Anda perlukan aura positif ini untuk menaikkan semangat dan motivasi, berfikir dengan kritis serta merancana tindakan susulan. Kelompok positif ini boleh menarik anda untuk melangkah lebih jauh, saat anda letih dengan hidup.
#4 Dapatkan bantuan
Ada banyak bantuan yang boleh anda dapatkan bagi memboloskan diri daripada masalah lalu. Bukan lari daripada masalah tetapi mencari jalan keluar. Antaranya sesi kaunseling, bantuan kewangan serta bantuan ilmu pengetahuan.
#5 Berani mencuba
Walaupun pernah gagal berkali-kali, jangan terus berhenti. Anda mungkin boleh cuba buat perubahan. Lakukan sesuatu yang baharu, mana tau ada rezeki anda kali ini.
#6 Tidak putus asa
Paling penting, biarlah banyak kali pun tersungkur, seberat mana pun ujian kegagalan yang menimpa tetapi jangan sesekali menyerah kalah. Siapa tahu kejayaan anda hanya selangkah di depan. Kerana kegagalan itu, mengajar kita untuk bangkit dan mengecap kemanisan sebuah kejayaan.
Dah, jom pandang ke depan dan cari inspirasi kejayaan. Salah satu daripadanya dengan menjadi sebahagian daripada keluarga ‘Inspirasi Wanita’.
Hanya dapatkan 2 kotak Women Inspire berharga RM139.80 (Semenanjung Malaysia) dan RM149.80 (Sabah & Sarawak), anda dah boleh mula jana pendapatan dengan menjadi ejen atau usahawan sah Women Inspire.
Women Inspire, makanan tambahan kesihatan yang diformulasi di Eropah menggunakan gabungan teknologi Nano. Produk ini dihasilkan daripada ekstrak strawberi, vitamin C, serbuk mutiara, akar serapat dan pueraria mirifica yang memberi tenaga, membantu mencerah dan melembapkan kulit, mengurangkan masalah bau dan keputihan, membantu menegangkan aset wanita dan membantu menyuburkan rahim.
Apa tunggu lagi? Jom “Like”, “Follow” dan dapatkan produk Inspirasi Wanita di Facebook AY Legacy HQ atau hubungi talian 019 290 2313.
Inspirasi wanita untuk penyeri kulit tegang dan anjal, juga menjana pendapatan yang halal.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.