Kredit gambar utama: Shutterstock
Korang selalu naik bas tak? Memang ada macam-macam ragam dan jenis manusia di atas bas. Semua orang yang menggunakan perkhidmatan bas terutamanya untuk perjalanan jauh sudah tentu mahukan keselesaan dan sebolehnya tidak mahu mengganggu penumpang lain, kan? Antara jenis-jenis ni, yang mana satu paling ‘kena’ dengan korang?
#1 Mesti Ada Geng!
Bila naik bas seorang tu rasa ‘insecure’, orang yang macam ni memang tak boleh naik bas seorang diri. Mereka selalunya akan naik bas dalam kumpulan atau bersama seorang dua kawan. Paling kurang pun separuh perjalanan mesti ada kawan. Selalunya pelajar asrama la yang macam ni.
#2 Kaki Panjang
Kalau tangan panjang tu mencuri, tetapi jenis kaki panjang ni setiap kali naik bas kakinya kena dibengkokkan sebab tak muat. Iyalah, tak semua bas mempunyai ruang kaki yang besar. Kalau tak dibengkokkan kaki, asyiklah terlanggar kerusi tempat duduk penumpang hadapan.
#3 Macam Nak Pindah
Jenis penumpang begini, dah terbiasa travel dengan beg yang banyak. Kalau boleh satu almari nak dibawa. Makanan je dah satu beg, tu belum masuk bantal leher, selimut, baju sejuk, selipar dan ubat-ubatan lagi. Manalah tak banyak!
#4 Ada Tempat Duduk Kegemaran
Ada yang suka duduk depan, ada yang lebih suka di belakang, ada yang suka duduk seorang dan tak kurang juga yang memilih untuk berada di tengah. Tu belum masuk yang suka duduk di tepi tingkap atau di kerusi sebelah laluan.
#5 Serba Tak Kena
Ada juga jenis macam ni yang memang cukup susah untuk duduk diam. Setiap 5 minit akan tukar posisi dudukTak masuk lagi bab angkat beg dari ruang atas, kemudian letakkan balik, sekejap-sekejap check pula beg kecil di kaki. Pendek kata memang tak duduk diam sehinggalah tiba destinasi.
Nak selesa sepanjang perjalanan dalam bas, selain kena pastikan korang tidak makan apa jua makanan yang boleh menyebabkan perut meragam, datang awal ke stesen dan sarungkan pakaian paling selesa, korang kenalah pastikan telah memilih tempat duduk kegemaran.
Tak perlu susah payah ke kaunter untuk beli tiket. Sekarang ni korang boleh dapatkan tiket bas secara online pada bila-bila masa sahaja di website Konsortium E Mutiara. Selain boleh pilih tempat duduk, boleh juga beli tiket pergi dan balik. Memang senang!
Konsortium E Mutiara juga menyediakan perkhidmatan Wi-Fi di beberapa bas terpilih selain lengkap dengan port untuk mengecas telefon. Ruang tempat duduknya pun luas dan selesa. Memang terbaiklah!
Apa tunggu lagi? Jomlah beli tiket Konsortium E Mutiara sekarang! Layari di sini atau di Facebook Konsortium E Mutiara untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.