Malaysia pernah mempunyai teknik servis yang hebat iaitu Servis S, sehingga diharamkan daripada Kejohanan Badminton Dunia.
Penghujung tahun 70-an, Anak-Anak Sidek ini telah menjadi jagoan dalam arena sukan badminton antarabangsa selepas mencipta satu teknik pukulan servis pembunuh yang menggerunkan lawan yang dikenali sebagai ‘Servis Sidek‘ atau ‘Servis S.
Servis ini memegang kepala bulu tangkis ke atas, bulu tangkis menghala ke bawah gelanggang. Sebelah tangan memegang raket seperti membuat pukulan backhand. Servis ni dilakukan dengan tolakkan raket menggunakan pergelangan tangan ke arah bahagian bulu.
Bulu tangkis berpusing melayang dan menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan. Servis ni menjadi fenomena dan banyak bantahan dari arena badminton antarabangsa. Mei 1981, England dan Denmark mencadangkan Servis S ini diharamkan. tetapi dibantah oleh Malaysia dan Indonesia.

Sumber: Twitter Wahyu Ilahi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.