Wabak pandemik COVID-19 yang telah menular hampir 2 tahun di seluruh dunia menyebabkan ramai di antara kita menjadi takut untuk keluar rumah tanpa ada kepentingan tertentu. Dan lebih menyedihkan apabila kanak-kanak yang sedang membesar terpaksa menghabiskan masa di rumah kerana gusar sekiranya mereka dijangkiti.
Disinilah bermulanya persoalan tentang penting atau tidak imunisasi untuk kanak-kanak? Ada di antara kita yang masih tertanya-tanya akan keberkesanan imunisasi pada kanak-kanak tanpa mencari tahu terlebih dahulu manfaat dan kebaikannya.
Berikut merupakan beberapa senarai dan sebab mengapa kanak-kanak wajar mendapat imunisasi:
1. Sebanyak 2-3 juta kematian dapat dicegah setiap tahun dengan imunisasi.
2. Imunisasi dapat mencegah lebih dari 26 penyakit.
3. Membantu mengelak dan mengurangkan terjadinya resistensi antibiotik kerana penyakit dapat dicegah pada tahap awal.
4. Meningkatkan kadar imunisasi secara global dapat menyelamatkan lebih dari 1.5 juta orang setiap tahunnya.
5. Dapat melindungi individu itu sendiri.
6. Membentuk kekebalan kelompok (herd immunity).
Sumber: Oke Lifestyle
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.