Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Kesilapan Yang Sering Dilakukan Ketika Mencuci Muka

Ingat dah cuci bersih, rupanya masih kotor!
Sofea Shahrol
04 Aug 2021, 10:00 AM

Membersihkan muka adalah asas untuk memastikan kulit berada dalam keadaan sihat, bersih dan berseri. Tapi masih ada dari kita yang melakukan kesilapan sehingga kulit tercela.

Berikut antara kesilapan yang dilakukan:

cuci muka

Pencuci muka yang tidak sesuai

Kulit manusia boleh dikategorikan kepada 5 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak, kulit kombinasi dan kulit sensitif. Jadi sebelum membeli pembersih muka, kenal pasti dahulu jenis kulit dan beli pembersih muka yang dikhususkan.

cuci muka

Cuci tangan terlebih dahulu

Membilas atau membasahkan sahaja tangan dengan air dan tidak menggunakan sabun adalah amalan yang tidak baik. Ini kerana tanpa kita sedar, kita akan memindahkan kuman di tangan ke muka.

cuci muka

Suhu air yang digunakan

Ada mitos yang mengatakan, mencuci muka dengan air sejuk boleh membantu mengecilkan liang muka dan mengurangkan kedutan wajah. Tetapi satu lagi mitos yang selalu kita dengar adalah, dengan mencuci muka dengan air panas dapat membersihkan wajah dengan lebih mendalam.

Suhu air yang sebaiknya untuk mencuci muka adalah suhu yang suam dan tidak terlalu panas, kemudian bilas semula dengan air sejuk.

Melakukan proses pengelupasan kulit secara berlebihan

Skrub memang bagus untuk menanggalkan sel-sel mati di muka, tetapi jangan lakukan selalu. Cukup dengan satu atau dua kali seminggu dan pilhlah manik skrub yang tidak terlalu kasar.

cuci muka

Cuci 2 kali sehari

Wajah perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari .Sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Jangan terlalu kerap membersihkan wajah kerana minyak semulajadi pada kulit yang membantu mengimbangkan kelembapan kulit akan terhakis.

Sumber: Wanista

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}