Meski gagal meraih sebarang pingat, namun nama Nur Dhabitah Sabri tetap menjadi bualan rakyat Malaysia. Berjaya menempatkan diri dan mengalahkan banyak nama besar dari negara lain, Dhabitah mengaku beliau bangga akan prestasinya di Olimpik Tokyo 2020.
Nur Dhabitah Sabri atau lebih mesra disapa Bietah, telah memperolehi jumlah mata sebanyak 326.15 di peringkat akhir acara 3 meter papan anjal yang berlangsung petang semalam.
Mengaku tertekan sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik, Dhabitah yang murah dengan senyuman, merasa lega dan berterima kasih kepada jurulatihnya yang sentiasa menyokong dan memberi semangat.
Cukup cerita tentang aksinya dalam bidang terjun, jom kenali Nur Dhabitah Sabri dengan lebih dekat.
Nur Dhabitah Sabri berasal dari Kuala Lumpur, berusia 22 tahun pada 12 Julai 2021 lalu. Merupakan anak bongsu dari empat adik beradik. Beliau belajar berenang dan menyelam bersama abang sulungnya Muhammad Danial. Namun hanya Dhabitah yang meneruskan perjuangan selepas abangnya mengalami trauma sebelum memulakan debut bersamanya.
Beliau merupkan salah seorang peminat K Pop. Menggemari kumpulan Big Bang, Blackpink, 2NE1 dan salah seorang peminat program The Running Man.
Pada masa lapang, Dhabitah gemar menghabiskan masa dengan melakukan sukan ekstrem seperti parkour dan trampolin. Beliau memilih roti canai sebagai salah satu makanan kegemarannya.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 merupakan pentas kedua Nur Dhabitah Sabri selepas di Rio pada tahun 2016.
Sumber: Astro Gempak
Ehsan Gambar: Instagram @dhabitah_sabri
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.