Jean Williams Taylor hanya suka-suka muat naik gambar kukunya yang bengkok ke Facebook, tak sangka ramai yang komen minta dia melakukan pemeriksaan lanjut.
Pemeriksaan doktor mengesahkan Jean menghidap kanser di kedua-dua peparunya. Itu pun setelah doktor melakukan ujian darah, xray dada, PET scan, MRI dan biopsi peparu hampir 2 minggu lamanya.
Kuku bengkok yang dialami Jean itu turut dikenali sebagai finger clubbing/digital clubbing/Hippocratic nails yang merupakan petanda penyakit peparu atau jantung. Menurut laman web NHS: "Clubbing di kuku boleh jadi keturunan dan tidak memudaratkan tetapi jika tiba-tiba terjadi boleh membawa petanda bahaya”
Kredit: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.