Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

8 Lokasi Mesti Pergi Untuk Trip Bajet Ke Pulau Pinang

Kebanyakan lokasi ni masuk percuma tau!
Editor
02 Oct 2020, 05:04 PM
8 lokasi mesti pergi untuk trip bajet ke pulau pinang

Kredit: @Kampung Agong/Instagram

Kalau anda jenis pelancong yang suka bercuti ala backpackers dan bajet, Pulau Pinang sememangnya mesti kena ada dalam senarai destinasi yang harus dilawati. Ada banyak lokasi menarik yang menawarkan keunikan tersendiri yang boleh anda pergi di Pulau Mutiara ni.

Buat anda yang sedang merancang untuk trip bajet, ni lapan lokasi yang mesti ada dalam itinerari anda di Pulau Pinang:

#1 Hin Bus Depot

Sesuai untuk: Anda yang kreatif dan minat dengan seni dan persembahan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lilian ruiyin (@lilianwong672) on

Hin Bus Depot adalah hab komuniti kreatif di George Town. Ia memaparkan galeri, ruang seni dan acara serta ruang kedai untuk perniagaan kreatif.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hin Bus Depot 興公司 (@hinbusdepot) on

Hab ini mesti dikunjungi kalau anda minat dengan sebarang bentuk kesenian atau menyertai program seni dan kursus yang ada.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hin Bus Depot 興公司 (@hinbusdepot) on

Antara pameran seni yang akan datang ialah TU7OH dan Pameran Seni Antarabangsa Gwangju (semua masuk percuma). Selain tu, anda juga boleh shopping barangan unik di Hin Market di sini yang dibuka setiap Ahad.

Lokasi: https://g.page/hinbusdepot?share

Yuran masuk: Percuma

#2 Sia Boey Urban Archaeological Park

Sesuai untuk: Anda yang gemar menyaksikan ikan-ikan koi yang besar dalam terusan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Penang • Experience It (@penang.experience) on

Sia Boey ialah taman arkeologi urban yang pertama di Malaysia yang mempunyai Terusan Prangin yang dihidupkan semula dengan kehadiran ikan-ikan koi. Terusan ini pada asalnya merupakan sungai yang mengalir ke garis pantai paya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Haha_JiHUi 👻 (@haha_jihui) on

Di sekitarnya terdapat rumah kedai lama yang dibina sebelum zaman perang, pokok-pokok tua dan taman permainan untuk anak-anak anda bermain.

Lokasi: https://goo.gl/maps/3Ms6LprmppFYVHEx6

Yuran masuk: Percuma

#3 Audi Dream Farm

Sesuai untuk: Pencinta haiwan dan alam semulajadi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Audi Dream Farm (@audi_dream_farm) on

Audi Dream Farm ialah sebuah ladang kecil yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan serta beberapa jenis haiwan jinak.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Audi Dream Farm (@audi_dream_farm) on

Antara aktiviti menarik yang mesti dicuba ialah bercucuk tanam, memberi haiwan makan, belajar membina rumah tradisional, belajar melukis batik dan banyak lagi.

Lokasi: https://goo.gl/maps/W6T7B1akQZENmEJp7

Yuran masuk:

  • Dewasa (12-59 tahun): RM10
  • Kanak-kanak (3-11 tahun): RM5
  • Warga emas (60 tahun ke atas): RM5
  • OKU: Percuma

#4 Clan Jetties

Sesuai untuk: Anda yang berminat menerokai penempatan tepi laut tradisional Cina

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Loka Made (@thelokamade) on

Clan Jetties ialah sebuah penempatan tepi laut tradisional Cina yang bersejarah. Dahulunya lokasi ini didiami oleh stevedore (tukang bongkar muatan kapal) dan nelayan. Ia merupakan warisan budaya George Town yang dipelihara.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by I Love Penang Official (@i.love.penang) on

Lokasi: https://goo.gl/maps/KKD84pGDKyxEJrBo7

Yuran masuk: Percuma

#5 Taman Negara Pulau Pinang

Sesuai untuk: Anda yang sukakan aktiviti riadah sambil menyaksikan keindahan alam

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fatin Amirah Nordin (@fatinamirahnordin) on

Walaupun merupakan salah satu daripada hutan simpan terkecil di dunia, ada banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di Taman Negara Pulau Pinang. Selain mendaki ke puncak Bukit Batu Hitam, anda boleh merentas hutan, berkelah, berkhemah serta memancing di Pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi, merentasi titian kanopi, menyusuri pantai dengan menaiki bot dan melawat Pusat Konservasi Penyu.

Di sini juga terletaknya tasik meromiktik di Malaysia, sejenis tasik yang mempunyai beberapa lapisan air yang tak bercampur, menjadikannya unik! Tetapi keunikan tasik ni hanya boleh disaksikan pada peralihan monsun antara bulan Mei ke Ogos sahaja.  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HK NZ (@hk.nz) on

Buat peminat burung pula, terdapat lebih daripada 150 spesies burung yang tinggal di sini. Selain tu ada banyak laluan jejak hutan yang menarik dan mencabar serta pantai berpasir yang bersih. Bot juga boleh disewa untuk lawatan sehari dan berbarbeku di sekitar paya bakau.

Lokasi: https://goo.gl/maps/agmR8oW2G3mpDVQE9

Yuran masuk: Percuma

#6 Penang Street Art

Sesuai untuk: Anda yang nak bergambar bagi menyerikan Instagram anda.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Abdullah Umar Idrus (@umaridrus) on

Di Penang Street Art, anda boleh bergambar dengan enam lukisan jalanan ikonik terawal yang dilukis oleh pelukis dari negara Lithuania, Ernest Zacharevic. Lukisan ini dikenali di seluruh dunia, terutamanya dalam komuniti seni.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jason Yokie (@jasonyokie) on

Selain karya Ernest, anda boleh menyaksikan hasil seni beberapa pelukis lain seperti Lefty, Baba Chuah, Tang Mun Kian dan Reggie Lee. Ada kira-kira 52 seni arca logam yang boleh anda temui di sepanjang kaki lima sekitar George Town, sesuai dengan statusnya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Anda boleh lihat lokasi seni arca logam di sini.

Yuran masuk: Percuma

#7 Butterworth Art Walk

Sesuai untuk: Anda yang suka belajar sejarah secara visual.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vanessa Workman (@theislanddrum) on

Satu lagi lokasi yang memaparkan pelbagai lukisan dinding yang menyerlah ialah Butterworth Art Walk yang terletak di Seberang Perai. Ia menampilkan pelbagai lukisan yang memaparkan sejarah tempatan. Kalau anda tak minat sejarah, anda akan berubah fikiran bila berada di sini!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alif Zamri 🇲🇾 (@alifzamre) on

Dengan lukisan dinding dan pameran jalanannya yang menarik, bertujuan untuk mendidik pengunjung mengenai masa lalu lokasi ini. Ekonomi dan sejarah pertanian Seberang Perai dalam mengeksport gajah adalah antara fakta menarik yang ada.

Lokasi: https://goo.gl/maps/oMeZaiWLbtfXhFZq6

Yuran masuk: Percuma

#8 Kampung Agong

Sesuai untuk: Nikmati kedamaian hidup di tengah kehijauan sawah padi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by kampungagong (@kampungagong) on

Selain menawarkan penginapan indah di tengah sawah padi, Kampung Agong yang terletak di Penaga ini adalah tempat yang menarik untuk bergambar dan menikmati suasana kampung ala Bali yang damai.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by kampungagong (@kampungagong) on

Lawati rumah kayu tradisional yang menghadap ke sawah dan dikelilingi pohon kelapa. Bergambar seperti orang kampung dengan menyewa pelbagai baju tradisional Melayu dan jangan lupa untuk posing di ‘sarang-sarang burung’ berbeza yang ada di sini.

Lokasi: https://goo.gl/maps/5ZC6wW3ygxHxL8eL9

Yuran masuk: RM5 sekali masuk

Jadi, macam mana? Nak pergi Pulau Pinang ke tak hujung minggu ni? Tapi sebelum pergi, jom dapatkan pakej yang terbaik untuk bajet anda di penangtraveldeals.com.

Di laman web ini anda boleh dapati pelbagai pakej penginapan dan tiket masuk serta tawaran lokasi tarikan pelancong yang terbaik mengikut bajet anda.

8 lokasi mesti pergi untuk trip bajet ke pulau pinang

Menarik kan tempat-tempat ni? Dengan yuran masuk yang percuma atau murah, ia sememangnya suatu pilihan yang baik untuk trip bajet. Jom! Experience Penang!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}