Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Macam Ni Rupanya Trick Gosok Tudung, Patutlah Nampak Orang Lain Buat Senang Je

Lain fabrik dan jenis, lainlah cara menggosok.
Editor
14 Jan 2019, 12:53 PM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Kerja menggosok tudung tu enteng kalau kita tau teknik dan cara yang betul. Hijabis, korang tentu berhadapan berbagai isu setiap kali menggosok tudung, kan? Sesetengah material tudung tu susah untuk digosok, sesetengahnya pula mudah sangat berkedut dan tak kurang juga yang ‘pantang’ tersalah gosok sikit boleh sebabkan tudung ‘tak jadi’. Dan setiap material tudung berbeza tu ada cara menggosok tersendiri. Ada yang tak boleh suhu terlalu panas dan ada yang perlu dibasuh dengan pelembut pakaian terlebih dahulu supaya mudah dibentuk.  

Untuk korang yang selalu alami masalah ni, jom check out tip menggosok tudung mengikut jenis fabrik. Bukan je masa menggosok dapat dijimatkan, tudung tu pun mudah digayakan.

#1 Tudung Bawal

Pastikan suhu seterika tidak terlalu panas, tudung yang ada manik atau sulaman terutamanya hanya perlu digosok di bahagian belakang sulaman. Korang boleh gunakan semburan air bercampur pelembut untuk mudahkan lagi gosokan.

#2 Tudung Chiffon

Kain chiffon ni licin, ringan dan agak jarang. Sesetengah chiffon tidak perlu digosok dan kalau pun korang nak gosok pastikan suhu seterika paling rendah. Kalau tak, boleh ‘berlubang’ tudung.  Tudung ini pun tidak sesuai dibasuh di dalam mesin atau menggunakan sabun pencuci baju. Cukup sekadar direndam di dalam pelembut pakaian, biarkan seketika dan jemur (bukan dibawah terik matahari). Untuk pastikan tudung ni terletak elok di kepala sampai petang, korang kenalah sarung inner cotton dan gunakan jarum peniti di bahagian atas dan tepi kiri kanan untuk memegang tudung.

#3 Tudung Lycra

Fabrik lycra bukan sahaja sejuk, mudah dijaga dan mudah dibentuk tetapi fabrikna tahan kedut dan mampu menyerap peluh. Tudung Lycra tidak perlu digosok dan jika korang nak gosok, hanya gunakan suhu rendah.

#4 Tudung Jojet

Antara yang menjadi pilihan hijabista. Tudung ini agak licin tetapi perlu digosok dengan suhu yang tinggi dan dibantuk dengan semburan air terutamanya pada bahagian yang berkedut.

macam ni rupanya trick gosok tudung, patutlah nampak orang lain buat senang je

Kredit: Shutterstock

#5 Tudung Crepe

Kainnya tidak terlalu nipis, lembut, tidak terlalu berkedut, mudah dibentuk dan digosok. Tudung jenis ini hanya perlukan seterika berada dalam suhu sederhana.  

#6 Tudung Awning

Mudah dipakai cuma perlu dipastikan awning tidak patah atau rosak. Hanya gosok bahagian dalam awning dengan suhu rendah dan tidak perlukan semburan air. Jenis awning ni bergantung kepada fabrik, sesetengahnya tidak perlu digosok.

Paling penting, kurang kena pastikan suhu seterika adalah ideal. Tidak terlalu panas sehingga merosakkan tudung dan tidak terlalu rendah sehingga tidak hilang kedutan. Tudung juga sebaiknya dibasuh tangan supaya tahan lebih lama. 

macam ni rupanya trick gosok tudung, patutlah nampak orang lain buat senang je

Dan sebagai hijabis, korang mesti tercari-cari tudung menarik untuk menambah koleksi dimilik. Tak kiralah korang penggemar bawal, turban, chiffon atau shawl, korang mesti check out Facebook Hayda Scarf dan Instagram Hayda Scarf yang menawarkan pelbagai rekaan serta warna menarik untuk tudung korang. Memang rambang mata! Harga yang ditawarkan pun berpatutan!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}