Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022

Dengan mengangkat tema ‘Semangat Lebaran Kita’, Astro turut teruja untuk menampilkan pelbagai pengisian yang menarik!

STRIM 190 PROGRAM ISTIMEWA SEPANJANG SYAWAL DI ASTRO

  • Filem pendek, ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’ daripada pengarah Razaisyam Rashid akan ditayangkan pada 3 Mei di Astro GO
  • Adaptasi rancangan popular dari Korea Selatan, ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ bakal ditayangkan di Astro Ria pada 20 Mei
  • Buat pertama kali, Gempak akan menayangkan rancangan ‘#GtheUntoldStory’ secara eksklusif
  • ‘Megaraya Ria’, ‘Gegar Vaganza – Semangat Nak Raya!’ dan ‘The House Kamal & Uqasha’ akan menemui peminat Syawal ini

Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, tema ‘Semangat Lebaran Kita’ telah diangkat untuk menerajui Kempen Ramadan Raya Astro 2022 bersesuaian dengan transisi kita ke fasa endemik dan pembukaan semula negara secara selamat, yang membolehkan kita kembali semula kepada rutin yang hampir normal setelah dua tahun berperang dengan pandemik Covid 19.

Bersesuaian dengan tema tahun ini, Astro bakal menyajikan kandungan yang cukup komprehensif sepanjang musim perayaan. Pengisian Syawal kali ini bakal dimeriahkan dengan himpunan rancangan televisyen terhebat merangkumi hiburan variasi ‘Raya Specials’, komedi muzikal, koleksi filem-filem blokbuster tempatan dan antarabangsa, drama bersiri popular, telefilem khas Aidilfitri yang bakal menampilkan nama-nama popular tanah air, karya throwback ‘terbaik’ serta program kanak-kanak dan animasi.

Bagi peminat program ‘signature’ pula, program terbaru ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan akan bermula siaran mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam di Astro WARNA. Program baru ini menampilkan Sherry Al Hadad sebagai hos dan barisan panel seperti Adlin Aman Ramli, Azad Jasmin dan ramai lagi. 

Selain itu, kami turut membawakan filem televisyen terbaru menerusi platform Astro First serta kandungan antarabangsa hebat menerusi Astro Best.

Pelbagai program istimewa raya dalam format video digital juga bakal disiarkan secara eksklusif di semua platform digital Astro. Menerusi platform radio pula, ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN juga bakal menemani pendengar dan membawakan pelbagai kandungan terbaik di sepanjang Syawal nanti.

Dengan rasa teruja kami mempertontonkan treler kepada iklan filem pendek Raya Astro hasil arahan pengarah tersohor, Razaisyam Rashid dan dibintangi salah seorang duta kempen kami, Nadhir Nasar. 

Buat pertama kalinya iklan Raya kami diolah menjadi sebuah filem pendek berdurasi 20 minit yang berjudul ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’. 

Filem ini berkisarkan tentang seorang anak muda, yang terkesan dengan penangan pandemik yang kehilangan pekerjaan serta harta benda, dan sarat dengan mesej yang cukup bermakna untuk dijadikan teladan bersama. Gabungan elemen yang dimuatkan dalam Tujuh Hari Di Bawah Matahari, membuatkan plot penceritaan menarik dan kreatif dalam usaha menzahirkan intipati yang ingin disampaikan.  

Kita nantikan tayangannya secara eksklusif di Astro GO menjelang Hari Raya Pertama, 3 Mei pada jam 8.30 malam serta di saluran-saluran televisyen Astro pada 3 Syawal, 5 Mei jam 8.00 malam.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}