Tak lama lagi negeri Serambi Mekah akan mempunyai Masjidil Haram versi mereka tersendiri. Masjid yang berilhamkan Masjidil Haram itu akan dibina di Gua Musang.
Usai sahaja pembinaaan, masjid tersebut akan menjadi antara masjid yang terbesar dan yang paling unik. Pembinaan masjid ini telah diilhamkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan menelan belanja sebanyak RM 23juta dan dibina di atas tanah seluas 1.5 hektar.
Apa yang menarik tentang masjid ini adalah warnanya, jubin, hiasan luar dan juga 9 menara mirip Masjidil Haram. Bukan tu je, di tengah-tengah ruang masjid tersebut akan dibina batu hitam bersegi empat untuk mengalirkan air dari atas. Pembinaan tersebut umpama Kaabah. Pembinaan ini juga memudahkan amali haji dan umrah kelak.
Jadi, lepas ni kalau datang Kelantan bolehlah masukkan masjid ni sebagai salah satu tempat untuk anda lawati.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.