Kredit gambar utama: Shutterstock
Berapa ramai lelaki yang benar-benar tahu dan faham tentang rejim penjagaan sebenar kulit wajah? Berapa pula produk penjagaan wajah yang korang atau pasangan korang miliki? Jangan tak tau, ramai lelaki percaya dengan 5 perkara ini yang pada hakikatnya hanyalah mitos.
#1 Satu Pencuci Untuk Semua
Setiap orang mempunyai jenis kulit berbeza. Ada yang sensitif, ada yang normal dan tak kurang juga berminyak. Dan jika korang sesuai dengan satu-satu produk, tidak bermakna orang lain juga akan dapat kesan yang sama macam korang.
#2 Tabir Suria Hanya Pada Waktu Panas
Ramai pandang ringan dengan penggunaan krim tabir suria. Krim ini perlu dipakai setiap kali berada di luar rumah tidak kiralah pada cuaca panas atau tidak. Krim ni lindungi kulit daripada sinaran ultraungu berbahaya dan membantu melambatkan penuaan kulit.
#3 Nak Cukuran Lebih Baik, Kenalah Guna Krim Cukuran Yang Banyak Buih?
Hakikatnya buih terhasil daripada reaksi kimia yang mungkin sebabkan reaksi alahan pada kawasan cukuran bagi sesetengah orang, langsung tiada kaitan menjadikan cukuran lebih baik.
#4 Tak Perlu Pelembap
Pelembap ni penting untuk semua jenis kulit walaupun kulit korang jenis berminyak. Lagi tak pakai pelembap, lagi banyak minyak yang dikeluarkan oleh kulit.
#5 Pakai Sabun Mandi Pun Boleh
Kredit: Shutterstock
Kulit muka bersifat asid dan sabun pula biasanya bersifat alkali dan tentunya boleh sebabkan berbagai masalah kulit dan mengganggu keseimbangan pH wajah.
Kan lebih baik kalau korang amalkan rejim penjagaan wajah yang betul. Selain mencuci, menyapu pelembap dan memakai tabir suria korang boleh amalkan Putih Collagen yang memberi kesan seawal 7 hari. Kulit korang akan lebih cerah, anjal dan gebu serta atasi masalah jerawat serta mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah.
Putih Collagen ini juga boleh atasi masalah keguguran rambut, selain meningkatkan tenaga dan lebih menarik boleh digunakan oleh lelaki dan wanita. Bolehkan korang ber’Putih Collagen’ dengan pasangan.
Nak tau keberkesanan Putih Collagen? Check out je kat sini untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.