Pada anda yang nak adakan sebarang majlis, pastikan daftar Kod QR MySejahtera! Ramai yang ambil mudah tentang perkara ini. Tahu tak dengan cara ini kita lebih mudah lakukan pengesana keatas kontak rapat? Bila buat majlis, SOP kenalah patuhi. Kita perlu jaga diri dan orang sekeliling.
Nak tahu bagaimana cara nak daftar Kod QR MySejahtera? Ikuti langkah dibawah!
1. Buka laman sesawang MySejahtera atau klik sahaja pada https://mysejahtera.malaysia.gov.my . Daftarkan diri anda sebagai penganjur majlis atau pemilik premis. Masukkan nombor telefon atau alamat email dan tekan 'Daftar'.Kalau anda nak daftar menggunakan nombor telefon, pastikan isi nombor anda bermula dengan 601xxxxxxxx
2. Untuk yang mendaftar menggunakan nombor telefon, masukkan kod OTP yang dihantar melalui pesanan ringkas. Untuk yang menggunakan alamat email, klik sahaja laman pautan yang tertera pada email yang telah dihantar.
3. Kemudian, anda perlu lengkapkan semua maklumat yang diperlukan
4. Selesai! Anda akan menerima Kod QR MySejahtera. Boleh cetak dan tampal di majlis nanti! Ini contoh Kod QR MySejahtera yang selalu kita lihat di pintu masuk.
Sumber: Twitter Anis Suraya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.