Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Nak Kekal Bertenaga Ketika Ramadan? Ini Petuanya!

Ni cara dia kalau nak elak badan jadi lesu
Sofea Shahrol
20 Apr 2022, 04:50 PM

Rasa penat, tidak bermaya, kurang bertenaga, lesu dan malas sememangnya sinonim di kalangan masyarakat ketika tibanya bulan Ramadan.

Tapi kenapa agaknya bulan puasa sering dikaitkan dengan badan yang lesu?

Pakar Psikologi Sukan dan Pelatih Kecergasan, Aiman Salim berpendapat, ia kerana mungkin ada di antara kita yang tidak jaga pemakanan dan tidak tahu bahawa kita masih perlu bersenam atau melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Terdapat tiga petua yang boleh diamalkan untuk menjadikan badan kekal cergas, antaranya:

1) Makan secukupnya

nak kekal bertenaga ketika ramadan? ini petuanya!

Sama juga tiga kali sehari seperti pada bulan-bulan biasa iaitu sewaktu berbuka, dua hingga tiga jam selepas berbuka iaitu moreh dan sewaktu sahur.

Makan hidangan yang bernutrisi lengkap dan minum air yang mencukupi. Tetapi haruslah secara berkala dan tidak minum dalam amaun yang banyak sekaligus kerana badan seseorang memerlukan masa untuk menyerap air itu.

2) Bersenam secara konsisten

nak kekal bertenaga ketika ramadan? ini petuanya!

Ia idak bermaksud anda perlu melakukan senaman berat di gimnasium atau membakar seribu kalori sehari.

Anda cuma perlu mencari keseimbangan antara menunaikan ibadah semasa bulan Ramadan dan memastikan diri anda kekal sihat serta aktif.

Kalau hari ini anda mungkin dapat bersenam dalam lima ke 10 minit sahaja sehari, cuba tingkatkan kepada 30 minit sehari. Tidak perlu lakukan senaman yang berat pun, cukup sekadar ‘home workout’ yang boleh membuatkan anda berpeluh.

3) Jaga mental

nak kekal bertenaga ketika ramadan? ini petuanya!

Jika anda ingin hidup sihat, pastikan pemikiran anda juga sihat.

Bila waktu yang sebaiknya bersenam ketika puasa?

Sebenarnya, waktu yang tepat untuk anda melakukan sukan semasa berpuasa bergantung kepada diri anda sendiri.

Kekuatan setiap orang adalah berbeza-beza. Walau bagaimanapun, terdapat masa yang paling baik bagi anda untuk bersenam di bulan puasa.

Jelas Aiman, waktu yang seelok-eloknya untuk kita bersenam adalah beberapa jam selepas berbuka kerana pada ketika itu badan kita mempunyai kalori yang banyak untuk dibakar.

Namun tambahnya, ia bergantung juga kerana ada yang melihat senaman itu boleh dilakukan ketika seseorang mempunyai kelapangan masa.

Selain itu, ada juga masa-masa lain seperti sebelum berbuka kerana melakukan aktiviti sukan semasa perut kosong boleh membantu anda dalam menghilangkan lemak lebih banyak.

Namun beliau mengingatkan, orang ramai perlu menyediakan tenaga untuk melakukan aktiviti selanjutnya sehingga berbuka puasa serta ‘don’t push too hard’.

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}