Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Nama Anak Terlalu Panjang? Ini Cara Nak Tukar Di Jabatan Pendaftaran Negara

Kesian anak-anak kadang tu sampai menangis nak tulis nama...

Timang cahaya mata ni memang seronok. Rasa teruja tu tak dapat nak digambarkan. Lagi-lagi bila nenanti kelahiran sulung. Masa kehamilan je rasanya dah bersusun nama yang nak dipilih buat putera puteri yang bakal lahir nanti. Sampai kadang tu terlupa yang memilih nama yang baik, ringkas dan mudah diingat adalah objektif yang paling utama. 

Beberapa bulan lalu tular satu video dimana seorang kanak-kanak menangis kerana harus menulis namanya yang di atas buku. Difahamkan nama kanak-kanak tersebut terlalu panjang.

Jadi, kepada ibu bapa yang ingin mengubah nama anak kerana terlalu panjang di Jabatan Pendaftaran Negara, anda boleh ikuti cara yang ingin kami kongsikan ini.

Langkah 1: Dokumen Penting

Anda perlulah membawa dokumen asal dan sediakan salinan semasa mendaftar, antaranya adalah:

  1. IC ibu bapa
  2. Surat lahir anak
  3. Mykid anak
  4. Sijil nikah

Langkah 2: Isi Borang

Apabila tiba di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) and perlulah mengambil borang di bahagian Jabatan Pendaftaran Surat Lahir.

Beritahu pada pengawai bahawa anda ingin ubah nama atau potong nama anak.

Langkah 3: Cop Suruhanjaya Sumpah

Apabila sudah isi borang, anda perlu cop terlebih dahulu di Suruhanjaya Sumpah.

Suami dan isteri keduanya perlu untuk tandatangan. Kemudian bawa semua dokumen yang sudah disiapkan ke bahagian daftar surat lahir anak.

Langkah 4: Bayaran

Jika anak anda masih lagi dibawa umur 2 tahun, bayaran dikenakan adalah RM5.

Jika anak anda berumur 2 tahun keatas, bayaran yang dkenakan pula adalah RM50.

Nota: Hanya anak yang berusia 12 tahun kebawah sahaja dibenarkan untuk mengubah nama.

Contoh Sijil Lahir Sebelum Dan Selepas Di Ubah

Sijil lahir yang belum di ubah nama.

nama anak terlalu panjang? ini cara nak tukar di jabatan pendaftaran negara

Sijil lahir yang sudah diubah nama.

nama anak terlalu panjang? ini cara nak tukar di jabatan pendaftaran negara

Jadi kepada ibu bapa yang berhasrat untuk menukar nama anak anda boleh lah segera membuat perubahan anak sementara masih lagi dibawah umur 12 tahun.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari di laman web Jabatan Pendaftaran Negara.

Sumber: Diana Hezrique

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}