Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Penjenamaan Semula Facebook, Kini Dikenali Sebagai Meta

Kenapa Mark Zuckerberg memilih Meta?
Sofea Shahrol
29 Oct 2021, 12:24 PM

CALIFORNIA: Facebook menukar namanya kepada Meta, pada Khamis.

Penjenamaan semula itu menfokuskan kepada membina 'metaverse', iaitu persekitaran maya perkongsian yang akan menjadi pengganti kepada internet mudah alih.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg berkata, nama baharu itu mencerminkan usaha melabur dalam metaverse berbanding perkhidmatan media sosial yang terus digelar Facebook.

"Sudah tiba masanya untuk kami mengguna pakai jenama syarikat baharu bagi merangkumi semua yang kami lakukan, mencerminkan siapa kami dan apa yang kami harap untuk bina.

penjenamaan semula facebook, kini dikenali sebagai meta

"Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa mulai hari ini, syarikat kami kini adalah Meta. Misi kami kekal sama. Ia masih mengenai menyatukan orang ramai.

"Aplikasi kami dan jenama kami, ia juga tidak berubah dan kami masih syarikat yang mereka bentuk teknologi di sekeliling," katanya.

Metaverse adalah istilah yang dicipta dalam novel dystopian 'Snow Crash' tiga dekad yang lalu dan kini menarik perhatian ramai di Silicon Valley.

Ia merujuk secara meluas kepada idea alam maya dikongsi dan boleh diakses oleh orang ramai yang menggunakan peranti berbeza.

Jenama Facebook sangat berkait rapat dengan satu produk sehingga tidak boleh mewakili semua yang dilakukan hari ini dan masa depan. Perubahan itu akan menghimpunkan aplikasi dan teknologi yang berbeza di bawah satu jenama baharu.

Jelasnya, ia tidak akan mengubah struktur korporatnya.

Gergasi teknologi yang mempunyai kira-kira 2.9 bilion pengguna bulanan, telah menghadapi peningkatan penelitian dalam beberapa tahun kebelakangan ini daripada penggubal undang-undang dan pengawal selia global.

Reputasi syarikat itu telah mendapat banyak kritikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk mengenai pengendalian data pengguna dan pengawasannya terhadap penyalahgunaan seperti maklumat salah kesihatan, retorik ganas dan ucapan kebencian.

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat juga telah memfailkan tuntutan undang-undang 'antitrust' yang mendakwa amalan antipersaingan.

Zuckerberg berkata nama baharu itu juga mencerminkan bahawa dari semasa ke semasa, pengguna tidak perlu menggunakan Facebook untuk menggunakan perkhidmatan lain syarikat itu.

Zuckerberg juga menunjukkan demo video tentang rupa metaverse itu, dengan orang menyambung sebagai avatar dan diangkut ke versi digital pelbagai tempat dan tempoh masa.

Beliau berkata bahawa metaverse itu perlu dibina dengan mengambil kira keselamatan dan privasi.

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}